Hari ini majlis Khatam Iqra' bagi murid-murid tahun 1 SRA, Rinching Hilir telah diadakan. Para ibubapa dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Disamping itu dengan kehadiran ibubapa di majlis ini akan menambah lagi semangat buat anak-anak yang terlibat.
Seminggu sebelum majlis berlangsung anak dara kak Mai sudah sibuk minta disiapkan bunga telur untuk dibawa ke majlis tersebut. Malam sebelum majlis berlangsung kami merebus dan membungkus bunga telur sehingga jam 11.00 malam. Maklumlah siang tu sibuk dengan urusan lagipun kalau buat awal takut telur cepat rosak.
|
Bunga telur untuk majlis khatam Iqra' Nur Hadirah Iazzati. |
|
Menanti dengan penuh debaran, sebelum acara bermula. |
|
Nur Hadirah Izzati |
|
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran |
|
Acara khatam Iqra' akan dimulakan. |
|
30 orang peserta terdiri daripada kalangan murid-murid tahun 1. |
|
Majlis khatam Iqra' sedang dimulakan. |
|
Hadirah (bertudung hijau) menanti giliran. |
|
Beberapa orang Ustazah sedang memantau agar perjalanan majlis ini berjalan dengan lancar. |
|
Alhamdulillah......budak bertudung hijau sudah pun membaca dengan lancar. |
|
Menunggu majlis tamat dengan mendengar bacaan rakan-rakan yang lain. |
|
Selepas acara berakhir.
Akhir kata serangkap pantun buat anakanda Putri Bongsu Nur Hadirah Izzati: |
Membeli-belah di Pekan Rabu,
Singgah sebentar di gerai Mak Leha,
Menjadi harapan ayah dan ibu,
Semoga menjadi anak yang soleha.
Amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan