Berbagai-bagai aktiviti menarik telah dirancang bagi menarik minat murid-murid tahun 1 untuk ke sekolah. Disamping nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya, murid-murid dipenuhi dengan pelbagai aktiviti secara individu dan kumpulan.
Hari kedua 4.1.2011
Seawal dari tahun 1 murid-murid telah dilatih supaya berdisiplin. Disamping semua guru yang terlibat dengan murid-murid tahun 1, Guru besar turut memainkan peranan dalam membimbing dan melatih murid agar berdisiplin.
Aktiviti pagi dimulakan dengan senaman ringan. Murid-murid dihimpunkan di tapak perhimpunan. Senaman ringan pagi Selasa dibimbing oleh En Nazri bersama guru-guru yang terlibat dengan tahun 1. Beginilah gelagat murid-murid dan guru-gurunya.
Selepas senaman ringan, guru-guru yang terlibat meneruskan lagi program transisi. Aktiviti seterusnya ialah pengurusan bilik darjah dan santapan rohani. Kemudian murid-murid dibawa melawat ke persekitaran sekolah seperti tandas, pejabat, padang, bilik guru dan kantin. Murid diberi penjelasan tentang peraturan sekolah.
Aktiviti seterusnya pada hari kedua ialah bermain dengan huruf-huruf blog pelbagai warna. Tujuan utama ialah murid dapat mengenali huruf-huruf a –z. Di samping itu memupuk semangat berkumpulan di dalam permainan huruf. Murid-murid juga dilatih peka dengan arahan guru.
Murid-murid menyanyi lagu ABC bagi aktiviti pengukuhan.
Sebelum pulang, murid-murid menyanyi lagu “Satu, satu, saya sayang ibu”
Beginilah gelagat murid-murid tahun satu bersama guru-gurunya pada hari kedua persekolahan.
Hari ketiga 5.1.2011
Seperti biasa murid-murid memulakan aktiviti dengan senaman ringan di tapak perhimpunan. Senaman hari ini dibimbing oleh En Nik dengan bantuan guru-guru tahun 1.
Aktiviti utama hari ketiga ialah membina bola warna mengunakan kad manila dengan bantuan guru. Beginilah hasilnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan