~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Selasa, Mac 22, 2011

Pendaftaran Haziq di MRSM Pengkalan Hulu.

          Hari ni 21 Mac 2011 merupakan hari pendaftaran Haziq di MRSM Pengkalan Hulu.  Banyak persoalan yang timbul luahan dari hatinya disepanjang perjalanan kami ke sana.  Teruklah….tak nampak kedai pun…eeeeehhhhh hutan je ni…..dan macam-macam lagi katanya.  Aku balas semula kata-katanya…eeehhhhh cantiknya pemandangan di sini.  Jauh dari pencemaran udara.  Banyak bukit bukau, sejuk dan nyaman suasana.  Katanya lagi bagi mencuba nasibnya, “ Bu kalau tandasnya tak selesa, tak mau ye bu.” Sambungnya lagi seolah meneka apa yang ada dalam fikiran ibunya, “Kalau MRSM tu bukan di tepi-tepi bukit tu tak maulah”.  Aku menenangkannya. “ Ibu rasa mesti di bawah bukit yang nampak tu…..”. kata ku pula. 

 

         “ Dah sampai pun, cantiknya pemandangan.  Betul pun kata ibukan, kelilingnya bukit bukau yang cantik”, sambungku lagi.   Sampai sahaja di pintu masuk MRSM tersebut, aku mula menaikkan semangatnya.   “Cantiknya MRSM ni, ni kalah MRSM along.  Baru lagilah MRSM ni”.  Nampak sedikit ceria dimukanya.  Sampai sahaja kami terus ke kaunter pendaftaran.  Beberapa borang perlu diisi.  Kami diminta melengkapkan borang-borang tersebut di bilik yang disediakan. 

 

  MRSM Pengkalan Hulu 019 MRSM Pengkalan Hulu 022 MRSM Pengkalan Hulu 025MRSM Pengkalan Hulu 017

 

              Selepas pendaftaran dan pembayaran selesai, kami terus ke asrama putra.  Haziq di tempatkan di bilik  L203/7.  Barang-barang Haziq kami angkat dahulu sebelum dikemaskan.  Kemudian ke koperasi untuk membeli barang keperluan sekolah. 

 MRSM Pengkalan Hulu 029MRSM Pengkalan Hulu 026

Inilah rupa bangunan asrama putra. 

MRSM Pengkalan Hulu 033MRSM Pengkalan Hulu 032

Ini pula no bilik dan nama kawan-kawan yang sedia menginap di sini.

 

MRSM Pengkalan Hulu 027

Padang ni bersebelahan koperasi .

 MRSM Pengkalan Hulu 028 MRSM Pengkalan Hulu 035

Koperasi ni pula bertentangan dengan asrama putra.  Haziq baru selesai membeli barang-barang keperluan di koperasi.

 

 MRSM Pengkalan Hulu 031MRSM Pengkalan Hulu 034

Pandangan dari atas bilik Haziq(kiri) Ruang   Pelbagai (kanan)

 

MRSM Pengkalan Hulu 036MRSM Pengkalan Hulu 037

MRSM Pengkalan Hulu 030MRSM Pengkalan Hulu 038

Kami membantu Haziq membersihkan tempat dan mengemaskan peralatannya.

MRSM Pengkalan Hulu 039

Sempat bergambar dengan keluarga Dany(kawan sebelah katil Haziq) yang sama baru sampai dengan Haziq.

 

 MRSM Pengkalan Hulu 018MRSM Pengkalan Hulu 040       

                Haziq telah menunjukkan keceriaan dimukanya. Kami sempat keluar mencarikan barang-barang keperluan yang diminta olehnya di pekan Pengkalan Hulu. Tapi tidak semua barang yang dicari kami jumpa.  Barang-barang penting seperti jam, tuala tangan dan book holder yang sempat dibeli.  Barang2 lain kami akan bawa INSYALLAH pada 2 April nanti.

                Selepas menyerahkan barang-barang keperluan tersebut kami pun bersedia untuk pulang.  Air mukanya kembali kelihatan sedih. Kami tak dapat menunggu lebih lama kerana sudah jam 1.00 petang.  Jika bertangguh lagi pasti kami sampai rumah lewat malam. Sebelum pulang sempat dia bertanya jangan lupa datang sini dua minggu lagi dan 29 April nanti dia minta kami bawanya pulang kerana cuti sampai 1 Mei.  INSYALLAH…….mungkin kami bermalam di sana sahaja kerana terlalu jauh untuk kami berulang-alik.  Kesian Haziq…

               Pesanan untuk Haziq: Hidup ini memerlukan pengorbanan dan untuk berjaya kita perlu menghadapi cabaran.  Usah berputus asa. Asal Haziq tahu yang ibu amat rindu dan menyayangi Haziq.  Amat perit untuk seorang ibu menanggung kerinduan pada anak-anaknya.  Tapi demi masa depan anak-anak yang dicintainya, ibu perlu gagahinya.   Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui bagaimana hati seorang ibu.   Ibu sentiasa mendoakan agar semua anak-anak ibu peroleh kejayaan….di dunia mahupun di akhirat nanti……amin. INSYALLAH.

 

 MRSM Pengkalan Hulu 042MRSM Pengkalan Hulu 045

  MRSM Pengkalan Hulu 046 MRSM Pengkalan Hulu 047

               Pemandangan indah dan hening di sepanjang perjalanan pulang, lebih menyayukan hatiku.  Hati gembira kerana anak diterima masuk MRSM berbaur sedih  kerana meninggalkan anak yang selama ni tidak pernah dipisahkan.  Apakan daya demi kejayaannya akan ku harungi juga……. Semoga ALLAH memberi kekuatan pada kami dalam menghadapi keadaan ini…….amin.

2 ulasan:

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.