[bismillah+1.jpg]
Daisypath Anniversary tickers

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Selasa, Mac 22, 2011

Perjalanan ke MRSM Pengkalan Hulu dari MRSM Penang.

            Pada 20 Mac 2011 kami (kak Mai, abang, Hafiz dan Haziq) ke Penang.  Kami memulakan perjalanan jam 10 pagi dan sampai di Penang lebih kurang jam 3.00 petang. Kami singgah sebentar di Bukit Jambul untuk mengambil gambar Hafiz dan Haziq serta mengisi perut yang sudah sedia lapar.  Sementara menunggu gambar disiapkan, kami  mengambil peluang membeli barang-barang keperluan anak-anak.   Perjalanan diteruskan ke MRSM Hafiz di Balik Pulau.  Kami sampai lebih kurang jam 4.00 petang.  Selepas barang-barang Hafiz dikemaskan, kami meneruskan perjalanan ke MRSM Pengkalan Hulu. 

            Esok Haziq perlu didaftarkan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.  Kami tidak boleh mengambil masa yang lama di Penang kerana  hari beransur gelap. Perjalanan perlu diteruskan segera untuk mencari tempat penginapan terdekat dengan MRSM Pengkalan Hulu.  Abang pun belum pernah sampai di Pengkalan Hulu.  Tidak tahu keadaan persekitaran dan kemudahan yang ada.  Jadi sebelum hari beransur gelap, kami teruskan perjalanan ke Grik untuk mencari tempat penginapan.  Sebelum ni abang pernah menginap di sebuah hotel di Grik.  Mungkin di sana lebih selesa.  Dalam perjalan kami ke Grik  beginilah pemandangannya.  Amat indah dan menyenangkan.  Keadaan bukit bukau sungguh mengkagumkan.  Lihatlah betapa indahnya bumi ciptaan ILLAHI ini. 

      

Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 009Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 038 Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 004 Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 010 Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 011 Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 015 Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 018 Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 019 Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 020 Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 022 Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 027 Perjalanan ke Pengkalan Hulu 20.3.2011 028

            Kami sampai di Grik betul-betul hampir masuk waktu Maghrib.  Pekannya kecil sahaja.  Alhamdulillah nasib baik ada hotel kosong untuk kami menginap.  Kami berehat sebentar melepaskan penat lelah dan meluruskan pinggang selepas hampir sehari suntuk di dalam kenderaan. 

           Malam tu kami keluar untuk mengisi perut yang kosong ni.  Abang  membawa kami ke sebuah restoran Kari Kepala Ikan Salim.  Ha ha ha…..nampak macam sedap je kari tu.  Kepala ikan merah kot…..Saja kami tanya berapa harga nya…….sekepala RM 45.00. Takutlah nak makan. Kak Mai tengok besar ya amat kepala ikannya.   Tinggal satu saja terlalu besar takut tak habis nanti..membazir lah pula.  Menurut Haziq, tukang makan(along)  tak ada di sini, lagipun Haziq tak mau makan nasi.  Jadi kami tak jadi order kari kepala ikan.  Kak Mai dengan abang makan nasi campur  dan tambah dengan ayam tandoori.  Haziq pula nak makan roti planta. Dah kenyang dah ni. Kami balik semula ke Hotel.   Menurut penjaga Hotel ni, MRSM tu lebih kurang 30 minit sahaja dari sini.  ALHAMDULILLAH taklah jauh sangat…..Esok kami nak teruskan perjalanan ke MRSM Pengkalan Hulu. OK jumpa lagi……

1 ulasan:

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.