~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Rabu, Disember 11, 2013

Bercuti di PD

Kami sampai malam semalam. Hari ni pagi2 selepas breakfast bawa anak2 jalan2 sekitar hotel Avillion ni. Pantainya bersih seronok anak-anak main pasir.










Uniknya hotel ni terdapat banyak haiwan peliharaan yang bebas dan pandai masuk ke reban sampai masanya. Semunya jinak. Ada masa diberi untuk memberi makan dan bergambar dengan haiwan-haiwan ni iaitu antara jam 10 hingga 12 tengahari.









Sepanjang jalan menuju ke pantai banyak pokok2 yang cantik dijadkan lanskap. Sempat mengambil beberapa gambar di sana untuk yang minat tumbuh-tumbuhan.











Memang suka tengok ni, Kalau dulu-dulu kita guna tempurung kelapa cedok air dalam tempayan utk cuci kaki.Tradisi dalam kemodenan he he he cantik....

Ini masa yang dinanti anak-anak...berendam. Paling seronok mereka ni hingga tak mau naik. Waktu ni arahan apa pun beri tak diendahkan pun.....








Petang duduk berehat menanti ayahnya pulang.....kami makan malam di tepi pantai PD...macam-macam ada satay ada sup tulang ada yang penting hari ni ibu n ayah nak makan asam pedas Melaka...yummmy sedap.  Anak-anak ikut selera masing-masinglahkan...

Seronok juga berada di PD ni. Dulu kami tinggal lama juga  di PD dari tahun 1991 hingga 1998...Sekarang PD bertambah cantik.

Khamis, Ogos 01, 2013

Kemalangan ngeri


Tanggal 1 Ogos,2013 jam 12.30 tgh. Aku menerima panggilan telefon dari seorang yang tidak ku kenali. Acik anak acik Dzarul Hafiz ke? 
Ye kenapa?
Maaf mak cik anak makcik terlibat dengan kemalangan.
Rasa macam nak runtuh jiwa raga mendengar kejutan itu. 
Awak ni siapa?
Saya saksi kejadian. Nama saya Saiful.
Macam mana anak makcik dan kawannya? 
Anak makcik saya dah dikeluarkan dari kereta. Dia ok makcik jangan risau cuma tengkoknya sakit.
Aku cuba tenangkan diri walaupun hati dah mula sebak dan air mata mula berguguran.
Boleh acik bercakap dengannya tak. 
Boleh makcik sebentar ye.
Bila ku dengar suaranya lega sedikit rasa hati. 
Aku terus berhubung dengan suamiku. Aku memberitahu kejadian tersebut.  Sambil tu aku minta bantuan beberapa orang murid untuk  memanggil semua anak-anakku yang masih di dalam kelas untuk pulang segera. Anak2 ku terpingga-pingga tak tahu perkara yang berlaku. Kenapa nak pulang awal bu? Aku menerangkan pada mereka. Suasana dalam kereta sunyi seketika bila anak-anak keilku melihat air mataku berguguran sewaktu memandu kereta.

Sampai di rumah, aku cuba telefon semula Saiful saksi kejadian tersebut. Aku minta dia menerangkan sedikit macam mana boleh terjadi kemalangan tu. Sebenarnya beliau ingin menziarahi kubur ayahnya di Nyalas, Melaka. Tiba-tiba kedengaran dentuman yang sungguh kuat. Dia terus meluru ke tempat kejadian membantu apa yang perlu. No telefon aku diperoleh dari anakku sendiri. Alhamdulillah nasib along ingat nombor tersebut. 

Masa itu kedengaran bunyi ambulans tiba. Aku tanya khabar rakan anakku. Katanya teruk tersepit. Aku tanya lagi betulkah anak ku selamat. Dia betul2 menyakinkan aku dan menerangkan ciri2 anakku yang putih, kurus dan tinggi. Lega juga hati ini. Cuma bagaimana keadaan rakannya? Aku mula risau. 

Aku telefon saudara-mara yang berada di Melaka untuk melihatkan keadaan anakku dan juga kawannya di tempat kejadian. Kawan-kawan di sekolah yang punya saudara di Melaka pun turut mencari khabar keadaan anakku dan kawannya.

Berkali-kali aku menelefon Saiful untuk mengetahu perkembangan seterusnya semantara kami sampai ke sana. Kedua-dua anak telah dibawa ke hospital Jasin. Menurutnya nanti dia akan ke sana selepas menziarahi kubur ayahnya. Segala perkembangan akan dimaklumkan bila sampai di sana. Baik sungguh pemuda ni. Mulia sungguh hatinya walupun langsung aku tak mengenalinya. Bertuah ayah dan ibu mempunyai anak sebaik dan bertanggungjawab sepertinya. Semoga Allah melindunginya sentiasa.

Aku masih menunggu suamiku pulang dari kerja. Makan masa juga dari Klang ke Bukit Mahkota. Sambil menunggu aku membacakan ayat-ayat suci dan berdoa semoga kedua-dua anak ini selamat dan dilindungi Allah. Air mata tak tertahan.

Hanya Allah tempat ku berserah dan memohon pertolongan. Tiada kuasa yang boleh melawan kehendaknya. Ya Allah. 

Tiba-tiba saudaraku dari Melaka menelefon. Deringan telefon masa ini akan memeranjatkan ku. Busu......sabar ye. Suami dah pergi tengok. Keadaan along teruk busu. Memang masa tu rasa nak pitam, buntu fikiran. Allah saja yang boleh membantu saat ini. Suami pun aku tak telefon masa ni bimbang sebab suamiku pun sedang memandu untuk pulang mengambilku ke sana. 

Allah...Allah...Allah...selamatkanlah anakku dan kawannya ini. 

Aku telefon semula Saiful memberitahu perkara yang ku dengar. Bawa bertenang makcik, saya yang mengangkatnya. In sha Allah anak makcik selamat. "Anak makcik yang memandukan?" tanyaku lagi. Dari perkhabaran yang makcik terima dari kawan dan sedara yang melihat tempat kejadian katanya arah pemandu teruk sungguh. Betulke? 

Betul makcik tapi anak makcik bukan pemandu kereta tu, dia duduk sebelah pemandu. Berkali-kali aku minta penjelasan dari beliau. Macam nilah makcik, bagi no telefon saudara makcik tu nanti saya terangkan padanya.

Alhamdulillah suamiku sampai ke rumah, aku menjelaskan padnya segala2nya. dia pun sempat berbual dengan along melalui Saiful. Alhamdulillah lega sedikit hati ni. cuma keadaan rakannya merunsingkan kami. Ibu dan ayah mangsa masih belum dapat dihubungi.  Aku bertambah risau. 

Kami semua anak beranak yang ada terus menuju ke hospital Jasin. Surah yassin menjadi penemanku masa ini. Satu suara lain takku dengar. Hanya Allah saja tempatku memohon. Status ini ku muatkan ke dalam FB ku.Ramai rakan-rakan turut mendoakan keselamatan anak2 ini. Terima kasih semua atas keperihatinan anda. 

Sampai di Hospital aku meluru masuk melihat keadaan anakku. Memang keadaannya seperti kebingungan. Mungkin kesan hentakkan kuat. Namun Alhamdulillah dia selamat dibawalah perlindungan Allah.  Setelah pastikan betul2 ok melalui doktor yang merawat, aku minta kebenaran masuk ke wad kecemasan di mana rakannya terlantar kesakitan. Guard melarang aku masuk tapi aku berkeras nak jumpa juga dan dibenarkan oleh nurse atau doktor yang merawat setelah mendapat penerangan daripadaku.

Perkara petama yang ku dengar dari mulutnya...Maafkan saya makcik? Saya rasa bersalah. Dengan tenang aku menjawab....makcik dan pakcik tak menyalahkan kamu atau sesiapa pun. Perkara dah berlaku.Mak cik tengok kamu selamat ni pun dah bersyukur pada Allah.  In sha Allah semuanya akan ok.Perlahan-lahan aku meminta no telefon yang boleh ku hubungi. sebab pihak hospital masih belum dapat menghubungi keluarganya.

Sekali dail aku dapat menghubungi mamanya. Aku menerangkan perkara yang berlaku dan meminta sendiri dia bercakap dengan anaknya. Setelah mendapat penerangan doktor, anaknya akan dipindahkan ke GH, Melaka.

Setelah dipastikan segalanya ok. Anakku dibenarkan keluar. Cuma aku kurang puas hati sebab sepatutnya anakku dipantau dahulu sebentar sehingga kami betul2 bersedia untuk membawanya keluar  bukannya terus di sorong keluar dari hospital dengan alasan dah boleh keluar dan kami kena tunggu diluar dalam keadaan yang sungguh tidak selesa. Ayahnya yang membawa kenderaan masih berada di balai polis mengambil barangan kedua-dua anak ini.  Dengan tengkoknya yang sakit dan masih kebingungan dia mengerang kesakitan. Kesiannya Along. Aku minta pinjam sebentar pembalut tengkok(tak tau nama ape) mulanya tidak diberi sebab mereka ingat aku nak pinjam terus. Kemudian bila melihat anakku teramat sakit, aku minta sekali lagi sebab sedang berusaha untuk membelinya di luar.

Along minta nak tidor....tapi macam mana nak tido kalau atas kerusi roda. Aku nampak ada katil beroda tepi pintu, malas nak minta izin banyak sangat soalnya. aku dan saudaraku pimpin along dan baringkannya sementara menunggu ayahnya tiba. 

Setelah selesai semuanya. Along ku tumpangkan sementara di rumah kakakku di Air Molek bersama-sama adik2nya. Bekalan berbuka untuk anak-anakku telah kubelikan. Aku minta jasa baik kakakku memantau anak-anak ini sementara akau dan suami terus ke hospital Besar Melaka, memantau keadaan kawan along.

Sampai di sana, aku terus memberi nama pada nurse. Menurut nurse mereka pun sedang mencari pesakit yang baru dipindahkan dari Hospital Jasin. Aku kebingungan. Nurse kata tak jumpa. Hai hatiku geram juga masa tu. Macam mana boleh tak jumpa. Takkanlah pesakittu boleh hilang sendiri sedangkan kaki kanannya patah tak boleh lari pun. Betullah nurse ni. Dari sampai tak dibersihkan pun pesakit. Bersihkablah luka2nya tu dulu. Kesian........

Kami berusaha juga mencari melalui kaunter pertanyaan, katanya ada di kawasan kuning. Kami pergi ke sana dan bertemu dengan saudara lelakinya. Menurut saudaranya, mamanya dalam perjalanan mungkin jam 9.00 mlm baru tiba. Masa tu kami berbual-bual dengan abang saudaranya. Beliau bertanya ada gambar kejadian. Jadi saya minta saudara sepulu poskan gambar di FB. Inilah kenderaan yang dinaiki oleh anak  dan juga kawannya yang bertembung dengan lori membawa batu krikil.




Mamanya pula meminta anak ini dipindahkan ke Hospital Pantai. Biasalah macam-macam persoalan sebelum boleh dipindahkan ke sana. Pihak Hosp. Pantai perlu menghantar Ambulans sendiri ke GH Melaka.Setelah sampai ambulans dari Hosp. Pantai dan membawa anak ini ke sana kami beredar sebentar melihat anak kami di rumah kakak. Semuanya kami bawa sekali untuk ke Hosp. Pantai dan terus pulang ke b. Mahkota.
Malam tu juga anak ini dibedah. Alhamdulillah berjaya. 

Memandang keadaan kereta ,semua tidak menyangka yang kedua-dua anak ini selamat. Bagi saya itu semua kerja Allah, Allah saja yang mengetahui setiap sesuatu kejadian itu.Bagai satu keajaiban. Ya Allah selamatkanlah anak-anak kami. Mungkin ada hikmah sebalik kejadian yang berlaku. Semoga anak2  ini cepat sembuh dan sentiasa dilindungi Allah. Amin.





Selasa, Julai 23, 2013

Bonda pergi buat selamanya.

Assalamualaikum dan selamat malam. Tanggal 23.7.2013 meninggalkan seribu kenangan buat kami sekeluarga. Tarikh tersebut merupakan tarikh ulangtahun kelahiran anak kami yang ke empat Muhammad Dzarul Hazim 11 tahun lalu. Tarikh ini juga merupakan tarikh bonda Fatmah Bakar meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya.

Jam 12.45 tengah hari Selasa, Hadirah mengadu sakit kepala dan badannya terasa panas di sekolah. Kami (aku dan Dira) pun minta kebenaran untuk pulang lebih awal. Sampai di rumah terus menuju bilik bonda. Bonda terdiam tanpa suara. Mata terpejam tanpa kata-kata. Kami (aku dan bibik) mengangkat dan membersihkan tubuhnya seperti biasa. Kemaskan tempat tidurnya dan kami baringkannya semula. Aku tanya bibik keadaan bonda begitu dari bila. katanya dari pagi tak bersuara. Selalu mulutnya tak berhenti membaca ayat suci. Makan pun sudah beberapa hari tidak berselera. Ku panggil tapi tiada riaksi untuknya mendengar penggilanku. Nafasnya seperti orang yang sedang tidur nyenyak. Ku perdengarkan dua kalimah syahada ke telinga bonda. Tiada riaksi apa-apa juga. Ku berpesan kepada bibik agar tidak tinggalkan bonda bersendiri. Sementara aku menguruskan anak-anak yag baru balik sekolah dan diriku sendiri utk bersolat dulu. Ku menuju semula ke bilik bonda, bonda masih seperti orang yang tidur nyenyak dan dalam keadaan yang sungguh selesa.
           Tapi dalam hatiku berkata-kata, bonda tak pernah seperti ini sebelumnya. Biasa kalau dengar suara setiap kali aku pulang kerja, pasti dia akan memanggil nama ku....."aja...aja....", masih teriang-iang di telingaku. Mak nak makan hati ayam, aku cari dan masakkan, mak nak makan keladi masak asam pun telah ku tunaikan permintaannya. Ada sehari tu suamiku baru saja pulang dari kg, mak minta nak makan ubi kayu sedangkan ubi kayu di kg memang banyak cuma suami tak pula bawa hari tu. Malam tu kami pergi ke Tesco mencari sepotong ubi kayu. Alhamdulillah dapat juga bonda memakannya. Cuma rasa terkilan di hati sampai ke saat ini, satu permintaannya tidak dapat ku tunaikan iaitu nak makan cincaluk. Bukannya aku tak mau bagi memandangkan kulit bonda sensitif aku takut bonda mengaru-garu pula akibat dari memakan cincaluk tersebut. kalau ku tahu itu permintaan terakhirnya aku beri saja.Tapi hari tu aku tak mendengar suara itu. Hati mula cuak....adakah bonda akan meninggalkan aku???? 

Petang itu sekolah ada acara berbuka bersama anak2 yatim dan fakir miskin di sekolah. Ada tempahan cupkek untuk dihidangkan bersama. Nasib baik telah ku buat sebahagian hari sebelumnya.Kek ni perlu dihantar ke sekolah. Serba salah rasa hati nak meninggalkan bonda. Takut terjadi sesuatu. Ku tinjau lagi bilik bonda, bonda masih seperti orang tidur nenyak. Tak sampai hati nak ku kejutkannya. Mungkin bonda berjaga malam tadi pada sangkaanku. 

Anak2 telah bersiap, cuma aku yang ternanti-nanti nak siapkan diri. Ku keluarkan baju dan terus ke bilik mandi. Malangnya tuala mandi ku tiada. Aku keluar mencari tuala tapi sebelum tu ku terus menuju ke bilik bonda lagi. Kali ni ku tanya bibik bagaimana nenek dah bangun ke? Belum bu..."Bibik lain je nenek ni bik? Aku tak nampak nafas turun naik seperti tadi. Terus ku panggilkan suami yang baru pulang kerja....untuk memastikan keadaan bonda. Suami ku terus meluru keluar memanggil doktor yang kebetulan tinggal berjiran dengan kami. Aku pula terus telefon kampung memberitahu saudara mara berhubung keadaan bonda. 

Lebih kurang jam 6.00 bonda telah di sahkan oleh doktor berkenaan telah pergi buat selamanya. Bonda pergi dalam tidurnya. Alhamdulillah ramai juga jiran berdekatan menziarahinya dan membacakan yassin untuknya. 

Jenazah ku bawa pulang ke kampung untuk diurus dan dikebumikan di sana. Lebih kurang jam 9.30 van jenazah TNB dari Bangsar tiba. Jenazah selamat dibawa pulang ke Melaka. Sanak saudara semua berkumpul di rumah kakak di Taman Pusaka Air Molek Melaka. Oleh kerana hari sudah larut malam makan jenazah akan diurus dan dikebumikan keesokkannya sebelum Zohor.

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dengan bantuan saudara-mara dan jiran tetangga di kampung. Jenazah bonda dimandi dan siap  dikafankan lebih kurang jam 10.00 pagi. Jenazah disembahyangkan di Masjid Air Molek Melaka dan diacara pengkebumian selesai lebih kurang jam 11. 45 pagi. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Air Molek berhampiran kubur ayahanda dan saudara-mara yang sudah mendahului kita. Al-fatihah buat arwah bonda dan ayahanda serta semua yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga roh mereka di rahmati Allah hendaknya. Amin.




Sabtu, Mei 18, 2013

Pendaftaran angah Mohammad Dazrul Hakim di UNITEN

Jam 7.00 pagi kami dah mulakan perjalanan ke Muadzam untuk pendaftaran angah. Kami sampai lebih kurang jam 10.00 pagi. nampaknya kami kelewatan kerana angka giliran dah menjangkau 1000 ke atas. Aduh.......sabar sajalah.


Sementara menunggu kami ditayangkan dengan bebrapa filem kanak-kanak he he he...layan sajalah yo.


Lebih kurang jam 2.00 proses pendaftaran selesai dan kami terus menuju ke appartment. Nampak selesa dan bersih. Oklah untuk 4 orang bujang kongsi dua bilik. 


Berposing sebelum balik.


Ini bilik bujang nie....

In Sha Allah lain kali datang lagi. Nak bawa sedikit perkakas dan alat memasak untuknya. Semoga angah Hakim dapat belajar bersungguh-sungguh dengan selesa ye.

Ahad, Mei 12, 2013

Catatan untuk permata-permata hati ibu....


Anak -anakku,
Maafkan ibu jika….
ibu memarahi, menegur, mengarah, menghalang, menyuruh, merotan dan
menghantar mu berjauhan dari ibu….
Andai kata semua perbuatan ibu menyinggung perasaan mu,
Sekali lagi maafkan ibu.
Tapi ketahuilah ……
Terselit  di sudut hati ibu hanya  untuk membentuk dirimu,
 menjadi  insan yang berguna,
di dunia mahupun akhirat.

Anak-anakku,
Pabila rotan hinggap  di tubuhmu,
ketahuilah …….
Calar ditubuhmu membuat  hati ibu lebih tercalar kerana merotanmu
Tapi tujuan ibu satu
 hanya untuk  memberi kesedaran kepadamu.

Anakku,
Jauh ibu menghantarmu menuntut ilmu,
Walau hakikatnya ibu tidak sanggup  berjauhan denganmu,
Namun demi masa depanmu ibu relakan juga
semata-mata untuk melihat
diri mu berjaya.

Anak-anakku,
Jika  keinginan mu ditentang atau dihalang,
janganlah kamu membenci ibu,
kerana …..
halangan dan tentangan ibu untuk kebaikkan dirimu
bukan untuk mengongkong kehidupanmu
Tapi ingin menjadikanmu insan yang baik dan berguna
di sisi masyarakat dan juga agama.

Anak-anakku,
 Ibu ibarat sebatang lilin
membakar diri  menerangi anaknya,
Sanggup bersusah untuk kesenangan anak-anaknya.

Anak-anakku,
Ibu jaga dan belai dirimu sedari kecil,
Menatang bagai minyak yang penuh,
 Jika dirimu  sakit,  
Sanggup bersengkang mata menjagamu,
Sanggup berdoa agar kesakitanmu berpindah ke ibu,
Begitulah nilai kasih seorang ibu.

Anak-anakku,
Ibu sentiasa mendoakan semoga kamu
menjadi suami atau isteri dan
bapa atau ibu yang baik,
suatu hari nanti.



Anak-anakku,
seandainya telah sampai waktu ibu pergi
menghadap Ilahi,
jaga lah dirimu
sebaik ibumu ini menjaga dirimu,
jagalah maruah mu untuk  ibu dan
ayah di sana,
dan jangan sekali-kali dilupakan,
Ibu terlalu menyanyangimu,
melebihi nyawa ibu.

Anak-anakku,
walaupun jasad dimamah bumi,
namun doa seorang ibu untuk anaknya
tidak pernah hilang,
malah akan sentiasa  dihati ibu,
walau di mana ibu berada.

Anak-anakku,
bila ibu sudah tiada,
ingatlah ibu di dalam doamu
Semoga hidup ibu tenang di sana nanti.

Anak-anakku..
Kau lah permata hati ibu buat selama-lamanya.

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.