[bismillah+1.jpg]
Daisypath Anniversary tickers

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Memaparkan catatan dengan label Kenangan Myza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan Myza. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 18, 2019

Hari ni dibenarkan discharge hospital UMSC


Syukur kehadrat Ilahi. Pagi ni dah pun bersiap sedia kemas barang2 sbm tinggalkan bilik rawatan sepanjang berada di sini. Layanan doktor, nurse dan semua pekerja sgt baik tapi biasalah duduk sehari dua ok jer...bila dah masuk 3 atau 4 hari ni kepala dah mula pening. Alhamdulillah pagi Jumaat yg mulia ni saya dah pun dibenarkan pulang. Pagi ni doktor dah check luka semua ok. Doakan saya terus sihat dan dpt meneruskan kehidupan spt biasa walaupun masih dlm berpantang...Pengalaman yg sangat bermakna ni saya akan ingat sampai bila2 untuk kehidupan sihat seterusnya. Doa dan kata2 semangat dari semua menjadi pemangkin kekuatan diri saya. Terima kasih semua...sayangi diri kita dan salam kasih sayang untuk semua😘😘😘

#KehidupanPerluDiTeruskan
#KuatTabahHadapiSegala
#SemogaAllahMemberkatiHidupKita
#DalamMencariRedhoNya








Khamis, Januari 17, 2019

Sahabat Hospital UMSC

 Breakfast pagi 17/1/2019
 Kenalan sama2 anaknya masuk hospital dan sama2 masuk bilik bedah pada waktu dan hari yg sama.

Hari ni Khamis 17/1/2019 anak beliau dibenarkan pulang. Saya pun doktor benarkan pulang juga cuma en Suami minta tangguh sehari lagi supaya saya betul2 sihat.

Rabu, Januari 16, 2019

Sehari selepas operate...

Sehari selepas menjalani pembedahan. Alhamdulillah dah kuat sikit. 



 Malam2 anak2 datang ziarah. 
 Ni siapa yg sakit ni?
 Ibu dah boleh bangun, ada yg ambil alih katil ibu tu ha...hihi
Macam bilik hotel dibuatnya....riuh.

Perjalanan dan proses rawatan Canser Rahim Stage 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Waktu menulis ni saya masih di dlm wad dan beransur sihat. Alhamdulillah. Saya percaya dan yakin akan sembuh dengan pertolongan Allah.

Di sini saya ambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih pada semua saudara-mara,jiran2, sahabat handai yg tak putus2 mendoakan kesihatan dan kesembuhan saya paling utama suami, mertua dan anak2 saya.
Tak putus2 saudara, jiran2 dan sahabat bertanya khabar dan memberi semangat dan memberi saranan makanan, ubatan herba serta ayat2 , doa dan zikir yg boleh saya amalkan. Saya ikut semua yg termampu saya buat. Saya amat yakin doa2 dari semua menguatkan saya dan membantu dlm proses rawatan dan kesembuhan saya.

Tak kurang juga yg pm saya  ingin tahu macam mana saya dapat kesan awal penyakit saya ni "Canser Rahim Stage 1" antara penyakit yg paling kaum hawa takuti.
Umur saya 51 tahun. Umur2 mcm saya dah ke arah menopause. Saya tidak haid dari awal bulan 1, 2018 jika ada pun sgt sedikit. Hinggalah ke bulan 10, tiba2 turun darah semula terlalu banyak hingga berketul2 mcm hati ayam lebih kurg 2 atau 3 hari. Saya maklum pada jiran merangkap rakan semengaji. Masing semua kata itu simptom
menopause perempuan.  Jadi saya bersenang hati shj. Selepas tiga hari darah masih keluar tapi sedikit2 shj berlarutan hingga 15 hari. Elok berhenti 15 hari saya mandi spt biasa boleh solat dan mengaji semula. Tapi seminggu jer bersih.  Turun lebat semula dan tak henti.
Nak dijadikan kisah dan hikmahnya. tahun tu jugalah tergerak hati untuk daftar umrah buat keluarga saya. Nekad dan tak boleh tidak 2019 saya mesti tunaikan umrah. Rentetan dari haid yg tak reda dan berterusan saya berjumpa dgn doktor panel TNB Puan Norlela pada 24.12.2018. Saya cerita perjalanan haid saya dan minta bantuan kiranya ada ubat yg boleh saya mkn sepanjang umrah nanti. Doktor sarankan saya buat ujian pap smear dan terus scan rahim saya. Kata doktor dinding  rahim kiri saya bengkak. Doktor terus refer saya ke pakar perempuan An Nur. Hari yg sama saya terus ke AnNur dan memilih doktor Fatimah. Tapi saya perlu buat appointment dulu sbb hari tersebut dah penuh. Saya dtg semula pada hari Rabu 26.12.2018 sbb selasa cuti.


Seawal pagi saya dah ke Hospital AnNur daftar n ambil nombor. Jumpa doktor dan cerita dan serah surat dari doktor panel. Buat pap smear sekali lagi dan doktor scan. Doktor kata dinding rahim sebelah kiri tebal. Jika nak tahu perlu ambil sample tisu untuk hantar lab. 2 minggu lagi baru keputusannya

Selepas seminggu saya dpt panggilan dari klinik panel Dr Norlela. minta ambil keputusan pap smear. Alhamdulillah pap smear -ve canser.   Hati dah mula lega.



Selepas dua minggu 9.1.2019 saya bertemu semula Dr Fatimah Hospital An Nur. Pun serupa clear pap smear. Tapi dinding rahim saya di sahkan cancer stage 1.  Saranan doktor cepat2 buang supaya tak merebak ke tempat lain.

Saya pujuk doktor supaya lepaskan saya buat umrah dulu. Doktor tak benarkan. Jadi beliau rujuk saya ke pakar di PPUM. Bertemu Prof. Dr Nor Azmi b.Adenan pakar Cancer wanita. Kami terus ke PPUM hari itu juga. Dr maklumkan saya amat bertuah kerana mendapat doktor panel yg perihatin. Kebiasannya doktor akan maklum itu perkara biasa simptom menopause. Jarang jumpa canser rahim stage 1. Biasanya dah merebak ke stage 3/4 Baru dpt kesan.







Alhamdulillah. Pengurusan sangat lancar. Doktor check dan turut maklumkan buat pembedahan secepat mungkin. 11.1 .2019 CT scan. 15.1.2019 masuk wad dan operate jam 5. Alhamdulillah rahim saya selamat dioperate dan selesai lebih kurang jam 7.45 pm.  Lama juga duduk bilik bedah. Saya antara sedar dgn tidak. Mlm saya rihat n tidur secukupnya. Alhamdulillah pagi ni saya beransur sihat. Sakit bekas potong memang terasa. Luka sikit pun sakit ini kan luka potong n buang. Perut masih pedih tapi in Sha Allah saya tahan. Dari operate semlm sampai petang ni, Alhamdulillah tiada lagi darah yg keluar. Petang ni dah cabut semua wayar tiub urin dan ubat thn sakit. Alhamdulillah dah boleh solat spt biasa w/pun mampu duduk shj.
Mohon doakan kesihatan saya berterusan beransur pulih spt biasa.
Setakat ni doktor kata saya bebas dari canser berdasarkan CT scan setelah buang rahim saya.
Saya amat bersyukur pada Allah memberi pinjam rahim atas belas RahimNya selama 51 tahun dan dpt lahirkan 5 putra dan seorg putri bongsu. Terima kasih ya Allah .

Pengalaman singkat saya ni membuatkan saya kuat. In Sha Allah saya akan jaga pemakanan dan cara hidup saya.

Buat sahabat2 diluar sana jika ada berlaku perubahan pada diri segeralah berjumpa doktor. Buatlah ujian pap smear dan yg lain2 yg perlu. Kesan awal, selesaikan awal in Sha Allah kita boleh pulih dgn izinNya.

Ikut nasihat doktor dlm masa yg sama amalkan doa, zikir2 dan ayat2 al quran serta perubatan dari bahan semula jadi yg banyak ada dikeliling kita.

Mudah2an perkongsian cerita saya dapat membantu rakan2 diluar supaya lebih berani bertemu doktor untuk check tahap kesihatan diri. Klu bukan kita sendiri siapa yg akan bantu diri. Buatlah pemerhatian dan pemeriksaan sebelum terlambat dan berserah pada Allah atas apa juga ketentuan dan perancangannya untuk kita.

Sekian...salam penuh kasih sayang untuk semua 😘😘😘 Tolong doakan saya kembali sihat spt sediakala....terima kasih.

#KepadaYgBeraniBolehPmSaya
#SayaBolehShareRupaRahimSaya
#TerimaKasihPadaSemuaDrdanNurseYgMerawatSaya

Selasa, Januari 15, 2019

Tarikh keramat rahimku berpisah dari tubuhku

 Breakfast pagi sebelum berpuass
 Jam 10.00 pagi daftar masuk wad di UMSC

 Dah pakai gelang tangan
 Menunggu masa untuk masuk bilik pembedahan
En Ab keletihan tumpang setilam.
Pukul 4.30 saya ditolak masuk ke bilik pembedahan.

Pakar bius menjalankan tugasnya...
Saya dimaklumkan operation makan Masa dari jam 5 pm ke 7.45 pm. Tak pasti pukul berapa saya sedar. Masih dibilik bedah. Doktor n nurse kejut antara sedar dan tidak. Rasa diri ditolak ke wad. Malam tu anak2 dtg ziarah ibu mamai jer n cakap pun merapu sikit...tidur.

Ahad, Februari 17, 1991

Majlis Perkahwinan di Ramuan China Besar 17 Februari 1991

Top.bmp Top.bmp 
Top.bmp
Malam 16 Februari 1991 di RCBTopSeram gak ni…….takut buluh patah he he he….
Top-3
Ya Habbibi…..ya maulana…Pak Arab mana ni….

Sorrylah gambar banyak tapi yang nie saja yang dapat dipaparkan yang lain-lain tu hanya untuk tontonan keluarga.

Sabtu, Mei 05, 1990

Mengimbau kenangan lalu ……

Assalamualaikum semua…
                   Anak-anak selalu bertanya macam mana ayah dan ibu berkenalan??  Di sini naklah kongsi cerita macam mana aku bertemu jodoh dengan dengan suami tercinta aku ni.  Bukannya apa kemudahan dah adakan kalau nak cerita dengan mulutpun susah juga baik gunakan kaedah yang serba canggih ni.  Lagipun kalau diceritakan habis dan hilang begitu sahaja.  Jadi ambil kesempatan catat di sini sampai ke cucu cicit pun boleh lihat….insyallah. Tapi biarlah untuk tujuan yang baik ye…jangan salah anggap pula.  Kekadang kenangan lama ni elok juga dikenangkan agar  bertambah erat perhubungan….
                   Alkisah nak dijadikan cerita……Pada suatu hari aku dikunjungi kakak sepupu yang baru pulang dari US bersama dengan  bapa saudaraku di rumahku.  Aku dengar suara nyaring  arwah bapa saudaraku seronok bercerita di ruang tamu rumahku bersama emak dan arwah bapaku. Tapi aku taklah dengar apa perbualan mereka tu. Aku di dalam bilik bersama-sama kakak sepupuku….aku masih teringat lagi kata-katanya… Seronok kalau ada kawan di luar negara.   Macam-macam benda boleh dikongsi dengan diorang.  Memanglah…tapi orang kampung macam aku ni manalah nak aku cari kawan-kawan  di luar negara tu.  Bagi aku tak kisahlah luar ke dalam ke asalkan berkawan oklah… Sebelum pulang,  dia adalah minta gambar aku….Aku tak mau beri.  Dia pujuk juga, katanya nak buat kenangan dan jangan lupa tulis alamat di belakangnye ye…..Memang bendul aku masa tu…..Nak buat apa alamat aku…kan dah tau rumah aku…ewah..ewah ..Kalau nak alamat tulislah sendiri kata ku….Alah..tolonglah tuliskan….Yelah…aku pun menurut katanya.
                 Selang beberapa minggu selepas tu…… aku menerima sepucuk surat daripada seseorang yang aku tak kenal.  Lebih kurang isikandungannya ialah  ingin berkenalan denganku.  Di dalamnya disertakan gambar……
Top-2
                   Inilah rupa my hubby sebelum berkahwin. Gambar nilah yang mula-mula aku terima. Masa tu aku sedang belajar di tingkatan enam dan hubby aku di US.  Entah anak cina manalah nak berkawan dengan aku ni. Aku biarkan dulu surat tu.Tak tau nak buat macam mana nak balas ke tidak. Selang beberapa hari lepas tu…bapa saudaraku datang semula ke rumahku.   Antara perbualan yang aku dengar….”Kenapa Maizah tak balas surat budak tu?” Ooo barulah aku tahu ini rancangan kedua-dua orang tua aku.  Lepas tu aku dikerah suruh balas juga  surat tu.  Belum sempat surat pertama ku kirim…surat kedua menyusul tiba..he he he….Biar betul budak ni…antara lain katanya…..dia minta maaf sebab tengok gambar aku tanpa kebenaran.  Mungkin aku marah, gambar tu dia dah pulangkan semula pada kakak sepupuku semula.  Dia pun menjelaskan sebab ingin berkawan dengan aku… tak perlulah aku cerita di sini kan. Oklah aku rasa budak ni baik…..aku pun berkawanlah dengannya…..dan kami berhubung melalui surat jer….
Top-1Top.bmp
                    Ini pula gambar yang dikirimkan selepas aku berkawan dengannya.  Katanya gambar yang dulu tu kecil.  Mungkin aku tak jelas tengok muka dia.  Memang sah rupa anak cina. Kami saling berutus surat…
                     Selepas tingkatan enam aku di terima masuk ke MPPM belum pun keputusan STPM aku keluar.  Alhamdulillah…  Hubungan aku pula senyap seketika mungkin dia sibuk dengan kuliahnya dan aku pun sibuk dengan aktiviti di maktab.  Tak lama kemudian aku menerima sekeping kad ucapan hari lahir…..Katanya dia minta maaf sebab lama tak utus khabar berita bukannya apa rupa-rupanya ada sedikit kemalangan ketika bermain bola, yang menyebabkan kakinya patah.  Sempat juga aku bergurau dengannya…bola sebiji kejar ramai-ramai itulah padahnya…. kemudian kami menyepi seketika……
                    Akupun tak tau bila dia pulang ke Malaysia… suatu hari aku terima sepucuk surat daripada nya, katanya nak berjumpa…Kami bertemu di tempat yang dijanjikan dan terus ke rumah bapa saudara aku di Ujung Pasir.  Sejak tu hubungan kami semakin rapat.  Kerap juga dia berkunjung ke MPPM menjenguk aku.
                   Pada akhir tahun 1989 aku posting di kampung ku sendiri, Air Molek. Tidak lama berkenalan kami pun ditunangkan pada tanggal 5 Mei 1990 bersamaan 10 Syawal 1410. 

Top-2Top-3
TopTop-1 
 Top-4
Majlis pertunangan yang sangat simple…..

Top-3 Top-3
Top Top-1
 Top-2 Top.bmp
Gambar-gambar ni semasa kami ke KL rumah kak Salmah bersama keluarganya.  Ini merupakan kali pertama aku keluar bersama hubby ke KL  itupun ditemani oleh saudaraku. Kami bertunag tak sampai setahun.  Alhamdulillah kami selamat dihijabkabul  pada 15 Februari 1991. 

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.