Assalamualaikum semua…
Anak-anak selalu bertanya macam mana ayah dan ibu berkenalan?? Di sini naklah kongsi cerita macam mana aku bertemu jodoh dengan dengan suami tercinta aku ni. Bukannya apa kemudahan dah adakan kalau nak cerita dengan mulutpun susah juga baik gunakan kaedah yang serba canggih ni. Lagipun kalau diceritakan habis dan hilang begitu sahaja. Jadi ambil kesempatan catat di sini sampai ke cucu cicit pun boleh lihat….insyallah. Tapi biarlah untuk tujuan yang baik ye…jangan salah anggap pula. Kekadang kenangan lama ni elok juga dikenangkan agar bertambah erat perhubungan….
Alkisah nak dijadikan cerita……Pada suatu hari aku dikunjungi kakak sepupu yang baru pulang dari US bersama dengan bapa saudaraku di rumahku. Aku dengar suara nyaring arwah bapa saudaraku seronok bercerita di ruang tamu rumahku bersama emak dan arwah bapaku. Tapi aku taklah dengar apa perbualan mereka tu. Aku di dalam bilik bersama-sama kakak sepupuku….aku masih teringat lagi kata-katanya… Seronok kalau ada kawan di luar negara. Macam-macam benda boleh dikongsi dengan diorang. Memanglah…tapi orang kampung macam aku ni manalah nak aku cari kawan-kawan di luar negara tu. Bagi aku tak kisahlah luar ke dalam ke asalkan berkawan oklah… Sebelum pulang, dia adalah minta gambar aku….Aku tak mau beri. Dia pujuk juga, katanya nak buat kenangan dan jangan lupa tulis alamat di belakangnye ye…..Memang bendul aku masa tu…..Nak buat apa alamat aku…kan dah tau rumah aku…ewah..ewah ..Kalau nak alamat tulislah sendiri kata ku….Alah..tolonglah tuliskan….Yelah…aku pun menurut katanya.
Selang beberapa minggu selepas tu…… aku menerima sepucuk surat daripada seseorang yang aku tak kenal. Lebih kurang isikandungannya ialah ingin berkenalan denganku. Di dalamnya disertakan gambar……
Inilah rupa my hubby sebelum berkahwin. Gambar nilah yang mula-mula aku terima. Masa tu aku sedang belajar di tingkatan enam dan hubby aku di US. Entah anak cina manalah nak berkawan dengan aku ni. Aku biarkan dulu surat tu.Tak tau nak buat macam mana nak balas ke tidak. Selang beberapa hari lepas tu…bapa saudaraku datang semula ke rumahku. Antara perbualan yang aku dengar….”Kenapa Maizah tak balas surat budak tu?” Ooo barulah aku tahu ini rancangan kedua-dua orang tua aku. Lepas tu aku dikerah suruh balas juga surat tu. Belum sempat surat pertama ku kirim…surat kedua menyusul tiba..he he he….Biar betul budak ni…antara lain katanya…..dia minta maaf sebab tengok gambar aku tanpa kebenaran. Mungkin aku marah, gambar tu dia dah pulangkan semula pada kakak sepupuku semula. Dia pun menjelaskan sebab ingin berkawan dengan aku… tak perlulah aku cerita di sini kan. Oklah aku rasa budak ni baik…..aku pun berkawanlah dengannya…..dan kami berhubung melalui surat jer….
Ini pula gambar yang dikirimkan selepas aku berkawan dengannya. Katanya gambar yang dulu tu kecil. Mungkin aku tak jelas tengok muka dia. Memang sah rupa anak cina. Kami saling berutus surat…
Selepas tingkatan enam aku di terima masuk ke MPPM belum pun keputusan STPM aku keluar. Alhamdulillah… Hubungan aku pula senyap seketika mungkin dia sibuk dengan kuliahnya dan aku pun sibuk dengan aktiviti di maktab. Tak lama kemudian aku menerima sekeping kad ucapan hari lahir…..Katanya dia minta maaf sebab lama tak utus khabar berita bukannya apa rupa-rupanya ada sedikit kemalangan ketika bermain bola, yang menyebabkan kakinya patah. Sempat juga aku bergurau dengannya…bola sebiji kejar ramai-ramai itulah padahnya…. kemudian kami menyepi seketika……
Akupun tak tau bila dia pulang ke Malaysia… suatu hari aku terima sepucuk surat daripada nya, katanya nak berjumpa…Kami bertemu di tempat yang dijanjikan dan terus ke rumah bapa saudara aku di Ujung Pasir. Sejak tu hubungan kami semakin rapat. Kerap juga dia berkunjung ke MPPM menjenguk aku.
Pada akhir tahun 1989 aku posting di kampung ku sendiri, Air Molek. Tidak lama berkenalan kami pun ditunangkan pada tanggal 5 Mei 1990 bersamaan 10 Syawal 1410.
Majlis pertunangan yang sangat simple…..
Gambar-gambar ni semasa kami ke KL rumah kak Salmah bersama keluarganya. Ini merupakan kali pertama aku keluar bersama hubby ke KL itupun ditemani oleh saudaraku. Kami bertunag tak sampai setahun. Alhamdulillah kami selamat dihijabkabul pada 15 Februari 1991.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan