[bismillah+1.jpg]
Daisypath Anniversary tickers

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Rabu, Januari 16, 2019

Perjalanan dan proses rawatan Canser Rahim Stage 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Waktu menulis ni saya masih di dlm wad dan beransur sihat. Alhamdulillah. Saya percaya dan yakin akan sembuh dengan pertolongan Allah.

Di sini saya ambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih pada semua saudara-mara,jiran2, sahabat handai yg tak putus2 mendoakan kesihatan dan kesembuhan saya paling utama suami, mertua dan anak2 saya.
Tak putus2 saudara, jiran2 dan sahabat bertanya khabar dan memberi semangat dan memberi saranan makanan, ubatan herba serta ayat2 , doa dan zikir yg boleh saya amalkan. Saya ikut semua yg termampu saya buat. Saya amat yakin doa2 dari semua menguatkan saya dan membantu dlm proses rawatan dan kesembuhan saya.

Tak kurang juga yg pm saya  ingin tahu macam mana saya dapat kesan awal penyakit saya ni "Canser Rahim Stage 1" antara penyakit yg paling kaum hawa takuti.
Umur saya 51 tahun. Umur2 mcm saya dah ke arah menopause. Saya tidak haid dari awal bulan 1, 2018 jika ada pun sgt sedikit. Hinggalah ke bulan 10, tiba2 turun darah semula terlalu banyak hingga berketul2 mcm hati ayam lebih kurg 2 atau 3 hari. Saya maklum pada jiran merangkap rakan semengaji. Masing semua kata itu simptom
menopause perempuan.  Jadi saya bersenang hati shj. Selepas tiga hari darah masih keluar tapi sedikit2 shj berlarutan hingga 15 hari. Elok berhenti 15 hari saya mandi spt biasa boleh solat dan mengaji semula. Tapi seminggu jer bersih.  Turun lebat semula dan tak henti.
Nak dijadikan kisah dan hikmahnya. tahun tu jugalah tergerak hati untuk daftar umrah buat keluarga saya. Nekad dan tak boleh tidak 2019 saya mesti tunaikan umrah. Rentetan dari haid yg tak reda dan berterusan saya berjumpa dgn doktor panel TNB Puan Norlela pada 24.12.2018. Saya cerita perjalanan haid saya dan minta bantuan kiranya ada ubat yg boleh saya mkn sepanjang umrah nanti. Doktor sarankan saya buat ujian pap smear dan terus scan rahim saya. Kata doktor dinding  rahim kiri saya bengkak. Doktor terus refer saya ke pakar perempuan An Nur. Hari yg sama saya terus ke AnNur dan memilih doktor Fatimah. Tapi saya perlu buat appointment dulu sbb hari tersebut dah penuh. Saya dtg semula pada hari Rabu 26.12.2018 sbb selasa cuti.


Seawal pagi saya dah ke Hospital AnNur daftar n ambil nombor. Jumpa doktor dan cerita dan serah surat dari doktor panel. Buat pap smear sekali lagi dan doktor scan. Doktor kata dinding rahim sebelah kiri tebal. Jika nak tahu perlu ambil sample tisu untuk hantar lab. 2 minggu lagi baru keputusannya

Selepas seminggu saya dpt panggilan dari klinik panel Dr Norlela. minta ambil keputusan pap smear. Alhamdulillah pap smear -ve canser.   Hati dah mula lega.



Selepas dua minggu 9.1.2019 saya bertemu semula Dr Fatimah Hospital An Nur. Pun serupa clear pap smear. Tapi dinding rahim saya di sahkan cancer stage 1.  Saranan doktor cepat2 buang supaya tak merebak ke tempat lain.

Saya pujuk doktor supaya lepaskan saya buat umrah dulu. Doktor tak benarkan. Jadi beliau rujuk saya ke pakar di PPUM. Bertemu Prof. Dr Nor Azmi b.Adenan pakar Cancer wanita. Kami terus ke PPUM hari itu juga. Dr maklumkan saya amat bertuah kerana mendapat doktor panel yg perihatin. Kebiasannya doktor akan maklum itu perkara biasa simptom menopause. Jarang jumpa canser rahim stage 1. Biasanya dah merebak ke stage 3/4 Baru dpt kesan.







Alhamdulillah. Pengurusan sangat lancar. Doktor check dan turut maklumkan buat pembedahan secepat mungkin. 11.1 .2019 CT scan. 15.1.2019 masuk wad dan operate jam 5. Alhamdulillah rahim saya selamat dioperate dan selesai lebih kurang jam 7.45 pm.  Lama juga duduk bilik bedah. Saya antara sedar dgn tidak. Mlm saya rihat n tidur secukupnya. Alhamdulillah pagi ni saya beransur sihat. Sakit bekas potong memang terasa. Luka sikit pun sakit ini kan luka potong n buang. Perut masih pedih tapi in Sha Allah saya tahan. Dari operate semlm sampai petang ni, Alhamdulillah tiada lagi darah yg keluar. Petang ni dah cabut semua wayar tiub urin dan ubat thn sakit. Alhamdulillah dah boleh solat spt biasa w/pun mampu duduk shj.
Mohon doakan kesihatan saya berterusan beransur pulih spt biasa.
Setakat ni doktor kata saya bebas dari canser berdasarkan CT scan setelah buang rahim saya.
Saya amat bersyukur pada Allah memberi pinjam rahim atas belas RahimNya selama 51 tahun dan dpt lahirkan 5 putra dan seorg putri bongsu. Terima kasih ya Allah .

Pengalaman singkat saya ni membuatkan saya kuat. In Sha Allah saya akan jaga pemakanan dan cara hidup saya.

Buat sahabat2 diluar sana jika ada berlaku perubahan pada diri segeralah berjumpa doktor. Buatlah ujian pap smear dan yg lain2 yg perlu. Kesan awal, selesaikan awal in Sha Allah kita boleh pulih dgn izinNya.

Ikut nasihat doktor dlm masa yg sama amalkan doa, zikir2 dan ayat2 al quran serta perubatan dari bahan semula jadi yg banyak ada dikeliling kita.

Mudah2an perkongsian cerita saya dapat membantu rakan2 diluar supaya lebih berani bertemu doktor untuk check tahap kesihatan diri. Klu bukan kita sendiri siapa yg akan bantu diri. Buatlah pemerhatian dan pemeriksaan sebelum terlambat dan berserah pada Allah atas apa juga ketentuan dan perancangannya untuk kita.

Sekian...salam penuh kasih sayang untuk semua 😘😘😘 Tolong doakan saya kembali sihat spt sediakala....terima kasih.

#KepadaYgBeraniBolehPmSaya
#SayaBolehShareRupaRahimSaya
#TerimaKasihPadaSemuaDrdanNurseYgMerawatSaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.