~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Sabtu, Mei 19, 2012

Hakim Ooooo Hakim....

Asalamualaikum  dan selamat tengahari Sabtu.  Macam mana nak mulakan cerita pada hari  nie ye......Sebenarnya telah berlaku satu peristiwa yang mengejutkan tapi taklah terkejut sangat kot pada orang lain..tapi pada saya sebagai seorang ibu memang takleh berkata apa-apa masa ternampak keadaannye sebegitu..berdarah sana sini.

Al-Kisah bagaimananya bermula....... Minggu lepas Hakim ada minta kebenaran untuk belajar katanya nak buat study grouplah nie, bukan di rumah, tapi akan bermalam di surau Desa Ria sebab semua rakan2nya kebanyakkannya tinggal di situ. Kenapa pula di surau?  Bukanke akan menganggu jemaah yang nak beribadat di surau tu nanti......kemudian dia minta izin lagi katanya lepas belajar nanti pagi tu ada Qamulail....Oklah cuba beritahu ayah kot-kot ayah izinkan.  

Petang semalam lepas ambil anak sekolah, lebih kurang jam 5.45 petang, kak Mai nak hantarlah dia ke surau tapi katanya kawan akan datang ambil.  Dalam hati berkata-kata ni mesti nak naik motor nie.  Tak apalah namapun dah bujangkan takkanlah nak mengongkong sangatkan.  Cuma kak Mai berpesan hati-hati.

Jam menunjukkan pukul 1.40 pagi.  Hati tak senang. En. Abang dah suruh tidur tapi mata masih lum mengantuk.  Tergerak hati nak menjenguknya di surau tersebut.  Bukan tujuan mengendap atau tak percaya dengan anak cuma nak memastikan tahap keselamatnya saja.  

Masa sampai di surau, kawan-kawannya kata Hakim pergi 7e beli air sebab kehausan.  Tapi kak Mai tengok air dalam bekas masih banyak lagi.  Ok tak apalah... kak Mai tanya lagi pergi dengan siapa?  Dengan kawan cik naik motor.  Kami menunda ke 7e..tapi dalam perjalanan kami ternampak dua biji motor lalu...boleh tahan lajulah juga.  Hati berderau sekejap.....

Kami pusing semula ke surau.   Memang Hakim dan kawannya tadi.  "Ada apa bu" katanya.  "Tak ade apa.  Saja nak memantau", kataku lagi.   Semua kawan-kawannya menghampiri kereta abang dan menerangkan apa yang mereka nak buat malam nanti.   Terpandang kekawan yang biasa dengannya sekali Raj, Arif, Habib (tidur) dan Faez serta beberapa orang lagi. "Oklah memang mereka nak belajarlah nie",  "Raj buat apa di surau nie...nak Qamulail sekali ke?" soal ku. "  Taklah bu, Rajlah yang akan ajar kita orang ni".  Ooohhh. Ok. 

Siapa ustaz yang akan bersama-sama kamu ni masa berqiamulail?  Kami-kami jelah acik...Saya ada pengalaman buat Qamulail nie, tiba-tiba salah seorang rakannya menyampuk kemudian dia berkata lagi " Acik kalau nak joint sekali pun boleh" Biar betul budak nie, semuanya budak lelaki takkanlah aku nak joint sekali.  Rasa tersinggung sikit hati ni.  Memang Kak Mai tak berapa kenal budak yang berkata2 nie....tapi rasanya kurang selesa dengan cara ajakkan ye sebegitu.

Tak apalah tak boleh lama-lama sebab mulut kak Mai ni pun macam leser juga nanti tak pasal2 tersembur pulak pada budak-budak tu.  Yelah kena sabar namapun budak-budak.  Tapi memang sempat berpesan pada mereka terutama Hakim.  " Jaga diri jangan merempit pulak".....

Dalam perjalanan pulang, mulut leser kak Mai biasalah mengomel....riasulah tengok budak-budak nie macam tu, dengan naik motor sana sini.  Kalau tak jadi apa2 tak apa..... Rasa nak telefon semula Hakim kononnya nak ajak semua kekawannya minup pagi  nanti.  Abang kata pagi nantilah baru call, dah malam ganggu bebudak  tu je. Oklah. Tapi susahnye mata nak lolap.

Jam 6.15 pagi.  Celik je mata teringatkan bebudak nie.  Jomlah bang gi tengok mereka ni, kita ajak sekali diorang minum.  Kak Mai call tak angkat2 berkali-kali.  Abang biasalah lepas solat Subuh sambung tidur semula.  Kak Mai sorilah takkan terlelap mata punya.  Sempatlah berkemas laman pagi-pagi buta sampai jam 8.00 pagi.  Lepas mandi dan bersiap-siap terus keluar menuju ke surau Desa Ria.  Dalam perjalanan ke Surau, ternampaklah Faez dan beberapa orang lagi kawannya di tengah-tengah jalan. Macam mencari2 sesuatu.  Buat ape mereka ni?  Kak Mai terus ke Surau, eeeee kosong mana Hakim pergi nie?  Dalam kereta dah bagi tau abang mata mengenyet2 kenapalah ni ye.  Kami pusing pergi ke tempat mereka berlegar-legar.  Mana Hakim?  Ada cik di rumah Habib.  Buat apa? Dia tengah bersihkan badan.  Kami pun pusing semula ke rumah Habib, dalam masa yang sama kami nampak Habib pun di tempat kejadian.  Malangnya seorang pun tak bagi tau apa yang berlaku.   

Sampai je di hadapan rumah Habib, abang tanya Hakim mana?  Masa tu kak Mai nampak kekawannya sedang membelek-belek motor.  Macam ada yang tak kena nie?  Kak Mai keluar tanya lagi...Mana Hakim?  Dalam cik.. Masih senyap tak cakap apa2 pun mereka nie.  Sebentar kemudian ternampak Aidid (Awang) keluar terdencut2 kemudian Hakim pun sama.  Kak Habibah (mak Habib) dan bawa minyak gamat di tangan.  Sahlah budak ni accident.  

Mampu lihat je tak boleh kata ape2................. Jomlah bawa ke hospital atau klinik berdekatan........

Dalam kereta sempat tanya macam mana boleh sampai begitu sekali.  Katanya lepas pergi minum, mereka nak ke workshop betulkan tayar tapi kedai lum buka.  Dlam perjalanan balik terlangar batu atau pasir kot....terus terhentam bumper lak di hadapan apa lagi tergoleklah.  Nasib tak langgar orang.  Udah2lah lepasni takkan adalah naik motor lagi tu...tupun kalau seriklah ye....Baru dia minta beli motor malam tadi...dah jadi macam ni tandanya kirim salam jelah pada niatnya tu...kalau banyak duit nanti beli kereta jelah ye.....

Di klinik...doktor belum sampai.  Dr. Norlela tak de hari ni.  Yang ada dr. ganti.  Tapi mereka diuruskan dulu oleh nurse sementara menanti doktor sampai.

Jomlah tengok gelagat mereka di klinik....macam-macam hal budak-budak nie.....


Kaki Hakim nie...nurse kata kena jahit sebab lubangnya dalam.


Ni Si Awang pembonceng dan pelakon utama hari ni...


Inilah rupa hero dalam cerita hari ni...Muhammad Dzarul Hakim............yang hampir nak gugurkan jantung ibu dia..



Badan terhempas...tak mau bukalak tu katanya alamak aurat.........sempat berseloroh.



Lecetnya lebih besar dari syiling 50 sen.


Luka nilah bakal dijahit nanti.


Doktor dah sampai.


Luka sedang dibersihkan.

Cucuk entah ape namanye tadi tapi untuk elak kancing gigi.




Melecet sana sini


Habislah dah terbuka aurat.......tak ape cik ambil je gambar....kata Si Awang

Buat muka kesianlah pula budak ni.

Meminta simpati abang doktor ha ha ha....... antara lain katanya " Nanti ye bang"  Kami gelak je..banyaklah ko punya abang.  Inikan doktor nie.


Projek menjahit nak bermula.....bius 3 cucuk..keliling luka.

Cucukan pertama....Ok mampu bertahan



Cucukkan kedua ....aduh...du...du..du...du..du......sakitnya...kata Hakim..doktor kata tak sakit pun.  Dan cucukan ketiga Hakim dah tak rasa apa-apa dah.




Jom tengok budak Awang nie...macam baru lepas bersunat...

Jahitan pertama bermula...liat sungguh ngilu melihatnya..








Baru lepas yang pertama.....

Jahitan kedua....pun sama liat juga.....tapi Hakim tak rasa apa-apa dah.


Dah siap jahit dua jahitan...    

Betapa kuatnya semangat mereka ni. Minggu depan nak exam.  Kak Mai kata tak payahlah g sekolah nanti minta cikgu tangguhkan exam lagi pun susah sapa nak hantar n ambil dalam keadaan macam ni.  Nak pergi juga katanya exam sampai Jumaat lepas tu dah cuti bila pula nak ambil.  Nampaknya ayah hantar ...ibu kena gi ambil......

Oklah kepenatan Hakim...kesian tengah tidur...tunggulah bila dia bangun mesti terasa sakit seluruh badan.... Sama-samalah kita mendoakan untuk kesihatan kedua-dua bujang nie ya..Terima kasih.

2 ulasan:

  1. biasa je ni kak mai,,,, remaja katakan,, selagi xkena,,selagi tu nasihat yg kita beri dia xambil peduli,,,dah kena,,baru dia tahu bergunanya nasihat dari ibu dan bapanye,,hihiii,,saya pun dah ade pengalaman mcm ni,,, lagi teruk lukenye...

    BalasPadam
  2. Almaklumlah first time menghadapi keadaan ni....mungkin lepas ni kena biasa-biasakan diri. Hari ni dapat call dari Along di UTM, rupanya dia pun terxcdin juga Isnin baru-baru ni lepas angah dua hari. Pun berjahit juga. Dah 5 hari baru dapat tahu ni. Aduh memang merisaukanlah...

    BalasPadam

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.