[bismillah+1.jpg]
Daisypath Anniversary tickers

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Selasa, Mei 15, 2012

Kenangan bersama Opah dan keluarga....

Asalamualikum dan selamat petang semua.  Nak berkongsi kenangan bersama kawan-kawan.  Malam tadi lebih kurang jam 11.45 malam, Opah (nenek kawan Along) dan keluarganya sampai di rumah kak Mai. Kami jamu ringan-ringan je sebab hari pun dah malamkan.  Kesian mereka ni dari jauh, Kampung Sayong, Kuala Kangsar Perak tentulah mereka ni letih dan penat.  Kami tak sempat berbual lama nak bergambar pu tak sempat.  Sempat curi gambar sekeping je ni, itupun sedang mereka makan.  Lepas makan kak Mai tunjukkan bilik untuk mereka berehat dan melepaskan penat lelah mereka.


             Pagi tadi kak Mai pergi mengajar macam biasa.  Nak mohon cuti tak boleh sebab hari ni ada Saringan Khas LINUS untuk murid-murid Kohort 2 (Tahun 2).Jam 6.30 pagi cam biasa kak Mai dan anak-anak dah bersiap untuk ke sekolah.  Sempat berjumpa dengan Opah je sebelum pergi. Yang lain tu masih lelap, kesian nak bangunkan. Kak Mai dah minta abang mohon cuti untuk menerima tetamu dari Perak ni.  Maaflah ye..kalau layanan yang kami beri kurang memuaskan.

            Siapa Opah nie?  Nak berkenalan dengan Opah ke?  Sebenarnya kak Mai baru dua kali jumpa Opah, tapi rasa macam dah selalu jumpa dah.  Pertama kali  pi makan buah durian he he he..... nak kongsi  cerita sila klik sini .  Best opah siap masak ayam kampung lagi, buat lemang pulak dan macam-macam lagi.Kali kedua jumpa Opah masa hantar Along masuk UTM, kebetulan Opah pun hantar cucunya juga.  Cam tulah ceritanya cam mana kak Mai berkenalan dengan keluarga opah nie.  

          Masa kak Mai hadir hari anugerah kecemerlangan Along di MRSM, secara kebetulan singgah di  hentian Sg. Perak. Jumpalah Long Jaafar  dan Intan Surada (anak dan menantu Opah)  mereka ni siap belanja kak Mai sekeluarga makan lagi.  Bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.  Kak Mai pantang dilawa...jom je. Dalam perbualan kami timbullah yang Opah akan menunaikan umrah pada bulan Mei ini. Jadi ambil kesempatan nak balas jasa baik opah ni, kak Mai lawalah mereka ni tumpang menginap semalam di rumah kak Mai.  Lagi pun KLIA dah dekat dah dari Bukit Mahkota.


            Inilah Opah dan Long Jaafar tu.  Mereka ni bergambar masa hantar opah di KLIA.  Gambar ni kak Mai copy he he he...Maaflah ye Long...

Kita kenal lebih dekat yo....Inilah Long Jaafar( Nama timangan)

Sekali lagi kami memohon maaf andai layanan kami masa Opah dan keluarga di Bukit Mahkota kurang memuaskan.  Nak berpantunlah pulak.....

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, 
Insyallah kita berjumpa lagi.



Kami sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Umrah buat Opah.  Semoga Opah dan keluarga sentiasa dilindungi ALLAH...amin. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.