Sabtu 10 Disember 2011 bersamaan 15 Muharram 1433, kami sekeluarga berkunjung ke rumah Noor Atiqah Zuraini (kawan sekolah along) di Kampung Rambai Tujuh, Sayong yang terletak di Kuala Kangsar.
Al-kisah tersebutlah kisah macam mana boleh sampai ke Sayong……… Sebenarnya ketika pulang dari kampung (uruskan permit pekerja kebun), kebetulan pula masa tu ternampak penjual durian di tepi jalan, kak Mai dan abang saja berborak dalam kereta.. “Seronoknya kalau cuti-cuti ni dapat kutip sendiri durian ye”….Along terdengar lalu menyampuk, “Kampung kawan along ada dusun durian, dia tinggal di Kuala Kangsar”…Wah bestnye!!!! Kemudian kak Mai minta along contact kawannnya cuba-cuba nasib, kebetulan kami akan ke Lumut hujung minggu nanti kalau boleh nak singgah dan kutip sendiri nanti kiralah macam mana. Cuma nak makan je dan budak-budak nak rasa pengalaman macam mana kutip durian gugur. Kampung sendiri ada juga tapi taklah banyak mana biasanya habis dimakan tupai dan kera tak sempat nak kutip pun.
Alhamdulillah….pada Sabtu 10 Disember 2011 jam 8.30 pagi kami sekeluarga ke Kuala-Kangsar. Sebelum tu kami singgah di hentian Duta sebab along nak uruskan tiket kawan-kawannya ke Langkawi pada 17 Disember nanti.
Dalam perjalanan singgah di R & R Tapah kami berhenti sebab ada yang nak membuang. Maklumlah ramai umatnye…Si Peminat kereta (Acik Hadif) ternampaklah deretan kereta mewah yang cantik-cantik belaka berhenti sama. Sempatlah Si Kecil ni minta ayahnya ambilkan gambar he he he…. dapat bergambar pun jadilah….
Kemudian kami teruskan perjalanan menuju ke Kuala Kangsar. Kami singgah solat Zohor di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Cantinya masjid nie…….
Kami sudah menghampiri Kampung Rambai Tujuh. Selepas solat kami di minta menuju ke Sayong. Mana kampung nye ye?? Kami teruskan perjalanan dan bertemu sebuah replika labu sayong yang besar. Kami meneruskan perjalan kami….along dah call kawanya bertanya arah. Kami diminta tunggu di hadapan sebuah sekolah.
Akhirnya kami tiba juga ke kampung Rambai Tujuh nie. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Opah….kami melihat dusun buah-buahan. Bestnye sebab sekarang ni memang musim buah-buahan…durian yang lebat, rambutan lebat dengan buahnye yang merah dan kuning di sepanjang jalan dan bermacam buah-buahan lagi.
Tak sabar nak sampai ke rumah opah. Macam manalah agaknya opah dan keluarganye ye? Sampai saja kami disambut oleh opah dan cucunya dengan ramah. Kami dipersilakan masuk ke rumahnya. Biasalah tuan rumah sentiasa merendah diri…tapi kami sudah biasa pun sebab kami pun dari kampung juga.
Opah dan cucu perempuannya termasuk Atiqah sibuk di dapur. Kak Mai jenguk gak ke dapurnya. Menurut Opah air di rumahnya nie dari gunung. Teruja nak masuk bilik mandinye sebab katanya ada kolam air tadahan air gunung. Lagi best nie….sejuknya air. Suami kak Mai ni peminat tumbuh2an. Panas punggungnye. Sempat duduk sekejap dah merayau ke luar. Kak Mai dan anak-anak pun ikut sama. Wah..wah..wah ada ayam, itik, angsa, arnab dan anjing penjaga kebun pun ada. Jom kita tinjau dusun opah ni…..
Bergambar dengan Opah(tudung ungu) dan cucu-cucunya di dusun. Menurut opah dusunnya seluar 4 ekar.Elok selesai kutip buah durian, abah Atiqah balik dari kerja. Opah dah lawa kami makan tengah hari, tapi budak-budak dah tak sabar makan durian. Abah Atiqah bukakan durian anak-anak pun seronok makan. Kami makan bersama cucu-cucu opah.
Makanan dah terhidang. Opah minta kami makan nasi dulu nanti sambung semula makan durian.
Bestnya…lemang,rendang ayam kampung, ikan tilapia (bela guna air gunung) dengan cicah kicap ciliapi, sambal tumbuk ikan bilis tempoyak, ualam-ulaman lagi…..bestnya bertambah-tambah kami makan. Sorrylah masa makan tak sempat bergambar……sebab terlalu sedap sayang nak tinggalkan pinggan…..Sedang kami makan, emak dan makcik Atiqah sampai. Beliau bawa buah tangan untuk kami (buah-buahan) dari gerainya di R & R Sungai Perak.
Gambar-gambar ni santai lepas makan acik Hadif yang tangkap… Lepas makan Atiqah mempelawa kami mandi air terjun berhampiran. Tapi kami tak dapat pergi sebab hari dah petang..lagipun sebelah petang selalu hujan…anak-anak seronok nak pergi..insyallah lain kali ye…..
Gambar abah (En. Zuraini) dan emak Noor Atiqah.
Kami sambung semula makan durian sepuas-puasnya sementara Opah, Atiqah dan kakaknya (bakal doktor) mengait rambutan. Lebih kurang jam 5.00 petang kami meneruskan perjalan kami ke Ipoh…singgah R & R dan jumpa semula emak dan makcik Atiqah. Belanja kami lagi….makan buah-buah potong pula….
Terima kasih banyak-banyak kepada semua keluarga Noor Atiqah Zuraini. Budi baik tetap kami kenang dan ingat sampai bila-bila.
Kalau ada sumur di ladang,
boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang,
Insyallah kita jumpa lagi.
Saya pernah ke Rambai Tujuh .... melalui Highway ... tak payah ikut Sayong.
BalasPadamBuka pagar Highway .... masuk ikut dewan.
Tak perlu bayar TOL
Sekarang mungkin dah tutup jalan curi tu.