[bismillah+1.jpg]
Daisypath Anniversary tickers

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Isnin, Februari 27, 2012

Seminar Motivasi Alihan Pelajar di Media House, MITC Melaka

postermap

Minggu lepas abang call aku sebab nak hantar Angah ke seminar motivasi ni.  Abang minta aku tanya Angah, nak pergi tak.  Aku memang suka sangat anak-anak pergi seminar cam ni.  Mula-mulanya Angah tak mau sebab penat, sehari suntuk dan kerja sekolah yang banyak.  Aku nasihat je, pergi jelah esok kalau tak suka Ahad tak usah pergi sebab ayah dah daftar dah ni.  Angah dalam keadaan serba salah je…nak pergi kerja banyak, nak tolak ayah dah bayar.  Yelah…….katanya. Pelawalah kawan sekali kalau nak, kata ku nanti boleh ayah bawa sekali dan hantar balik.  Semua kawan yang dicall tak dapat pergi.

Aku tak ikut sama sebab ada mesyuarat Agung PIBG sekolah.  Kul 9 malam baru mereka sampai semula di rumah.  Memang nampak angah keletihan.  Tak bersuara apa-apa angah  terus rebahkan diri atas sofa dan rehat sekejap. 

Sambil perhatikannya aku bertanya, cam mana seminar tadi ok tak….oleh kerana keletihan dia hanya jawab okkkkk.

Aku tak tanya banyak pun, aku cuma ingatkan saja dan bertanya kerja sekolahnya banyak lagi ke?  Rehatlah dulu.   Aku dan abang pun naik lambat sebab saja nak temankan angah di bawah.  Kemudian dia duduk dan buat sesuatu, katanya tugasan yang diberi masa seminar tu.  Aku ingat dia buat kerja sekolah.  Tak apalah, nampak macam peta minda.

Biarlah……aku cuma  pesan pada ayahnya supaya jangan tidur lewat sebab esok nak bangun awal nak hantar angah semula ke seminar tu. Aku terus bawa anak-anak kecik masuk tidur.

Pagi Ahad, sekitar 6. 30 pagi aku dah hantar hakim ke seminar semula.  Aku dan abang ronda-ronda Melaka dan saksikan

http://myzajalbum.blogspot.com/2012/02/le-tour-de-langkawi-di-melaka-bandaraya.html

Petang kami ke seminar motivasi  untuk ambil angah.  Sempatlah dengar Dr Tengku Asmadi di acara penutup.  Antara lain katanya doa ibu makbul…….meleleh juga air mata walaupun hanya sebentar.

Oklah aku nak tunjuk gambar-gambar yang aku sempat ambil saja untuk kenangan keluarga aku.

IMAG1732

IMAG1728IMAG1729

IMAG1730IMAG1731

Masa nak balik angah pesan dia nak buku yang dijual di depan tu. Okey….

Semalam aku tengok letih..hari ni dah habis seminar, angak tak keluar-keluar lagi. Kenapalah lambat sangat nie.  Kebetulan di luar sana ramai orang, banyak kereta sebab ada Jom Heboh, abang minta keluar cepat takut sesak.

Aku tengok angah keluar dengan semangat.  Bestlah bu… kalau ada lagi Hakim nak ajak kawan-kawanlah, rugi kawan Hakim tak ikut seminar ni sambungnye lagi. Hakim nak pergi lagi ye.  Best juga ye jadi motivator nie ye bu……….

Kembang dada bila anak bersemangat macam ni….Dr kata mesti sentiasa positive…jangan –ve.  Aku dengar je kata-katanya sambil sampuk jugalah sikit2…betulah tu Dr kata kena  berfikiran +ve.   Best betullah bu..yang semalam pun best juga..sama je macam hari ni.  Senyap lepas tu…dah tertidur dalam kereta…….Alhamdulillah aku sampai semula rumah jam 10.00 malam.   Rehat dan tidur…………

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.