13 Mac 2012 sudah berlalu. Tika tu hari ulangtahun kelahiran suamiku. Namun kami sekeluarga tidak dapat menyambutnya pada tarikh tersebut kerana abang akan ke Kedah atas urusan kerja. Selepas menghantar bibik bercuti sehingga Jumaat 16 Mac 2012, abang meneruskan perjalannye ke Kedah. Mulanya aku dan anak-anak (kecil) ingin menyertainye sekali. Namun memandangkan putera tengahku Mohammad Dzarul Hakim perlu ke sekolah sepanjang cuti persekolahan ni..jadi aku membatalkan niatku itu. Aku memenggap di rumah sambil membuat sulaman tempahan pelangganku.
16 Mac, 2012 semalam telah berlalu. Saat itu pula merupakan ulangtahun kelahiran putra ketigaku, Mohammad Dzarul Haziq. Masih tidak kusambut kerana semuanya tiada di rumah, Along belum balik, emakku di kampung, angah sekolah, abang pula kerja. Aku membuat persiapan sedikit-sedikit tanpa bibik ku. Aduhi penat sungguh…mana tak nye…nak kemas, nak masak dan cuci baju ..tapi lipat baju sorilah tak sempat. Aku memulakan tugasku membuat kek untuk menyambut Birthday suamiku, Haziq dan Angah esok.
Inilah antara kek-kek yang sempatku siapkan dari pagi hingga ke senja. Lenguhlah pinggangku ni.
Kek Lapis asam manis Hawflakes.
Red Valvet cake with cream cheese frosting.
Carrot cakes with fondant.
Cuba-cuba pasang dulu nie………
Carrot cup cakes with fondant.
Sambil membakar kek mesenku menguli doh tart pulak rasanya nak buat fruit cheese tartlah esok…tadaaaaaa………
Hari ini pula 17 Mac merupakan hari ulangtahun kelahiran putera tengahku Mohammad Dzarul Hakim. Kami mengambil kesempatan menyambut ketiga-tiga ulangtahun pada hari ini kerana insyallah semua anak-anakku ada di rumah dan emakku pun akan datang semula ke rumahku bersama Kak Long dan Bang Long. Aku rasa hari ni paling sesuai untuk kami raikan bersama-sama.
Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Aku dan suamiku ke pasar Borong Nilai je sebab nak cepat. Balik je aku capai apa yang perlu…dalam minda tersusun apa yang perluku lakukan. Tugas-tugas aku dah agih-agihkan daari kecil sampai ke besar aku dah arahkan membantuku.
Aku start pagi nie dengan memasak puding strawberry. Tadda………dah siap dah pun…..
Aku meminta Angah Hakim membawa beberapa orang kawannye untuk membantu pagi ini.Jam 9.00 pagi Raj merangkap anak angkatku telkah sampai. Cubalah tengok apa yang telah dilakukan bersama-sama Angah…….
Sedap fruit cheese tart nie……….
Jom lihat juadah petang nie pula……….
Aneka kek + cupcakes…….
Rojak buah + kek birthday hadiah daripada Kak Long.
Satay kajang dan nasi himpit, nugget ayam, sotong + ketam + koktel sosej + sos cheezy
Mee kari
Sesejuk air sarsi..+ tea O herba…..panas……..
Licin………
Jom ke siri 2 melayan tetamu……….http://myzajalbum.blogspot.com/2012/03/mac-oh-mac-ko-datang-lagisiri-2.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan