Hari ni sekitar 6.30 pagi aku, suami dan angah bergegas ke Melaka untuk menghantar angah ke kursus motivasi alihan pelajar oleh Tengku Asmadi di Media House MITC. Lepas ni nak ke mana?.Abang tanya aku. Tak kisahlah nak lepak mana2 dulu sebab kedai kain (nak cari kain buat baju mak untuk raya nanti) lum buka lagi ni, sampuk ku. Kemudian kami terus ke Bandar Melaka, saja pusing-pusing sambil lihat-lihat keindahan negeri Melaka tercinta ni. Secara tak sengaja bertembunglah pula dengan para pelumba basikal Le Tour De Langkawi di Hang Tuah Mall. Mereka akan berlepas pada jam 10 pagi ke Johor pula. Ambil kesempatan berhenti dan membeli cenderahati untuk anak-anak sementara menunggu pelepasan pelumba basikal Le Tour De Langkawi ni….
Selepas tu kami ke Jakellah pulak, sbb nak carikan kain untuk mak Temah . Lepas shoping tu terus ke rumah Acik No di Felda Tun Ghafar sambil-menyambil je ni. Nak tempah baju pun ye, nak jengah Acik pun ye juga, sebab hari tu kenduri tak kesempatan nak hadir. Lepas makan abang dan along Zali gi ronda-ronda kebun acik. Kami pula duduk sembang-sembang, bila lama tak jumpa cam biasa banyaklah ceritanye…..Oklah lepas ni nak singgah rumah Liana dan rumah Kak Long sekejap sebab nak ambil ubat mak Temah .
Kring….kring…kring…lum pun kami sampai rumah Liana, angah Hakim call sbb dr Tengku Asmadi nak ibubapa berada di dalam dewan bersama anak-anak. Kami pun singgah sekejap rumah Liana dan tumpang solat Asar rumah Kak Long. Lepas tu terus ke Media House, MITC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan