Ahad 26.6.2011 jam 11.30 pagi, tetamu dari US dah sampai ke halaman rumah kami. Mereka sempat berjalan-jalan sekitar halaman rumah, mungkin mencari lokasi yang sesuai. Mereka tertarik dengan suasana kekampungan(mungkin sebab banyak pokok-pokok kot) yang kami sekeluarga cuba terapkan. Antara perbualan kami ialah berhubung aktiviti harian dan minat kami sekeluarga. Sebelum sesi temubual dan pengambaran singkat diadakan, kami berbual berhubung “Sains Fair” yang disertai oleh Along. Antara lain persoalan mereka ialah bagaimana tercetus diminda Hafiz untuk mencipta Organic Battery. Kami menceritakan serba sedikit berhubung kehidupan kami dan bagaimana ianya bermula.
Oklah….di sini kami nak kongsi gambar-gambar kenangan ni bersama-sama keluarga dan kekawan. Itupun kalau berminat nak tengok kalau tak tak jadi masalah pun. Apa yang penting kami mengharapkan kenangan dari Malaysia ini akan mereka bawa pulang dan memberi seribu makna kepada mereka serta kami mengharapkan mulut-mulut yang berbicara, mata-mata yang melihat dan telinga-telinga yang mendengar….betapa indahnya budi bahasa dan budaya masyarakat Malaysia. Itulah harapan kami.Insyallah. Oklah jom kita saksikan gambar-gambar sepanjang mereka berada di rumah kami…….
Berbagai-bagai persoalan yang mereka timbulkan…ada juga kaitan dengan keagamaan…Kenapa pakai tudung? Kenapa azan berkumandang? Kenapa umat Islam berpuasa pada bula Ramadhan? Kenapa bila salam yang kecil2 tu cium tangan? dan macam-macam lagi persoalan berhubung budaya kita. Selepas bergambar di luar, mereka ingin melihat bagaimana masyarakat kita makan bersama keluarga pula. Kami jelaskan selalunya jika semua ahli keluarga ada berkumpul kami akan makan bersama-sama. Selepas mereka berpuas hati dengan pengambaran keluarga sedang menjamu selera barulah mereka pula menikmati hidangan yang disediakan.
Kak Mai menyiapkan menu untuk sarapan pagi sebenarnya sebab pada fikiran kak Mai mereka ni sampai awal……menunya nasi lemak dan puyuh goreng berempah dan kak Mai buatkan air herba laicikang panas yang simple je (mata kucing, halwa kundur, gula enau, halia, bunga cengkih). Mereka tertarik dengan gula enau yang kak Mai gunakan dalam air tersebut. Kak Mai keluarkanlah juga gula tersebut sebab mereka nak lihat dan rasa sendiri. Serba ringkas kak Mai ceritakanlah juga macam mana gula ni diproses. Oleh kerana dah berjanji nak menu nasi lemak, jadi kak Mai teruskan juga menu tersebut walaupun rasanya kurang sesuai untuk makan tengah hari. Kak Mai tambah pula dengan minuman sejuk punch buah dragon dengan laici. Gembira nampaknya mereka menjamu selera. Salah seorang daripada mereka ni vegetarian..cuma makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi kak Mai buatkan salad buah-buahan untuknya. Namun dia cuba juga makan nasi lemak kosong dengan kacang dan timun.
Malam Ahad, atas permintaan abang minta kak Mai buatkan sesuatu sebagai tanda hati buat mereka yang pertama kali datang ke Malaysia ni. So jahitkanlah juga bekas pensel yang bertulis “Welcome to Malaysia” from Dzarul & Family dan nama masing-masing. Rasanya bekas pensel tu tak delah ape sangat pun tapi pujian mereka tu terlalu tinggi buat Kak Mai sekeluarga….Sebenarnya tu sebagai tanda terima kasih daripada kami kerana sanggup datang ke Malaysia semata-mata untuk membuat pengambaran dengan Along dan juga keluarga. Malam lebih kurang jam 9.45 malam, mereka dan Along dah terbang ke Penang semula…..Kak Mai tengok betapa letihnya mereka ni….esok gelap-gelap lagi dah nak terbang semula pulang ke US….Oklah….Kami keluarga Dzarul mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir ke rumah kami. Tak lupa juga buat Nadia, terima kasih banyak-banyak. Jumpa lagi.INSYALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan