Jumaat tetamu dari USA ni dah sampai ke Malaysia. Mereka yang terdiri dari Lisa, Melissa dan Carolyn serta Nadia (translator) terus ke MRSM Balik Pulau untuk membuat pengambaran serba sedikit tentang kehidupan Along di sekolah bersama guru-guru dan kawan-kawan along. Dari Penang, Along dibawa terbang pulang ke Selangor bersama-sama dan sampai ke LCCT, Sepang lebih kurang jam 7 petang. Jadual asalnya mereka ingin bertemu seluruh keluarga pada hari Sabtu, tetapi disebabkan sibuk dengan Hari Sukan Sekolah dan Angah pun ke kem motivasi di Bentong, so jadualnya kami minta ditunda ke hari Ahad. Jadi pada hari Sabtu mereka ke kampung bersama abang, Along dan Hadirah…. Beginilah keadaan sepanjang hari mereka di kampung.
Mereka di bawa masuk ke kebun. Menurut abang mereka berasa seronok ketika berada di kebun.
Mereka dijamu dengan makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu lemang dan rendang. Sebelum mereka pulang ke Selangor semula, abang mencadangkan mereka ke bandar Melaka untuk menyaksikan bangunan bersejarah di sana. Menurut Nadia, mereka sampai semula ke Hotel di Cyberjaya lebih kurang jam 12 malam. Pertemuan dengan keluarga kami di jangka dalam jam 11.00 pagi. Tunggu…………….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan