[bismillah+1.jpg]
Daisypath Anniversary tickers

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Selasa, Julai 23, 2013

Bonda pergi buat selamanya.

Assalamualaikum dan selamat malam. Tanggal 23.7.2013 meninggalkan seribu kenangan buat kami sekeluarga. Tarikh tersebut merupakan tarikh ulangtahun kelahiran anak kami yang ke empat Muhammad Dzarul Hazim 11 tahun lalu. Tarikh ini juga merupakan tarikh bonda Fatmah Bakar meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya.

Jam 12.45 tengah hari Selasa, Hadirah mengadu sakit kepala dan badannya terasa panas di sekolah. Kami (aku dan Dira) pun minta kebenaran untuk pulang lebih awal. Sampai di rumah terus menuju bilik bonda. Bonda terdiam tanpa suara. Mata terpejam tanpa kata-kata. Kami (aku dan bibik) mengangkat dan membersihkan tubuhnya seperti biasa. Kemaskan tempat tidurnya dan kami baringkannya semula. Aku tanya bibik keadaan bonda begitu dari bila. katanya dari pagi tak bersuara. Selalu mulutnya tak berhenti membaca ayat suci. Makan pun sudah beberapa hari tidak berselera. Ku panggil tapi tiada riaksi untuknya mendengar penggilanku. Nafasnya seperti orang yang sedang tidur nyenyak. Ku perdengarkan dua kalimah syahada ke telinga bonda. Tiada riaksi apa-apa juga. Ku berpesan kepada bibik agar tidak tinggalkan bonda bersendiri. Sementara aku menguruskan anak-anak yag baru balik sekolah dan diriku sendiri utk bersolat dulu. Ku menuju semula ke bilik bonda, bonda masih seperti orang yang tidur nyenyak dan dalam keadaan yang sungguh selesa.
           Tapi dalam hatiku berkata-kata, bonda tak pernah seperti ini sebelumnya. Biasa kalau dengar suara setiap kali aku pulang kerja, pasti dia akan memanggil nama ku....."aja...aja....", masih teriang-iang di telingaku. Mak nak makan hati ayam, aku cari dan masakkan, mak nak makan keladi masak asam pun telah ku tunaikan permintaannya. Ada sehari tu suamiku baru saja pulang dari kg, mak minta nak makan ubi kayu sedangkan ubi kayu di kg memang banyak cuma suami tak pula bawa hari tu. Malam tu kami pergi ke Tesco mencari sepotong ubi kayu. Alhamdulillah dapat juga bonda memakannya. Cuma rasa terkilan di hati sampai ke saat ini, satu permintaannya tidak dapat ku tunaikan iaitu nak makan cincaluk. Bukannya aku tak mau bagi memandangkan kulit bonda sensitif aku takut bonda mengaru-garu pula akibat dari memakan cincaluk tersebut. kalau ku tahu itu permintaan terakhirnya aku beri saja.Tapi hari tu aku tak mendengar suara itu. Hati mula cuak....adakah bonda akan meninggalkan aku???? 

Petang itu sekolah ada acara berbuka bersama anak2 yatim dan fakir miskin di sekolah. Ada tempahan cupkek untuk dihidangkan bersama. Nasib baik telah ku buat sebahagian hari sebelumnya.Kek ni perlu dihantar ke sekolah. Serba salah rasa hati nak meninggalkan bonda. Takut terjadi sesuatu. Ku tinjau lagi bilik bonda, bonda masih seperti orang tidur nenyak. Tak sampai hati nak ku kejutkannya. Mungkin bonda berjaga malam tadi pada sangkaanku. 

Anak2 telah bersiap, cuma aku yang ternanti-nanti nak siapkan diri. Ku keluarkan baju dan terus ke bilik mandi. Malangnya tuala mandi ku tiada. Aku keluar mencari tuala tapi sebelum tu ku terus menuju ke bilik bonda lagi. Kali ni ku tanya bibik bagaimana nenek dah bangun ke? Belum bu..."Bibik lain je nenek ni bik? Aku tak nampak nafas turun naik seperti tadi. Terus ku panggilkan suami yang baru pulang kerja....untuk memastikan keadaan bonda. Suami ku terus meluru keluar memanggil doktor yang kebetulan tinggal berjiran dengan kami. Aku pula terus telefon kampung memberitahu saudara mara berhubung keadaan bonda. 

Lebih kurang jam 6.00 bonda telah di sahkan oleh doktor berkenaan telah pergi buat selamanya. Bonda pergi dalam tidurnya. Alhamdulillah ramai juga jiran berdekatan menziarahinya dan membacakan yassin untuknya. 

Jenazah ku bawa pulang ke kampung untuk diurus dan dikebumikan di sana. Lebih kurang jam 9.30 van jenazah TNB dari Bangsar tiba. Jenazah selamat dibawa pulang ke Melaka. Sanak saudara semua berkumpul di rumah kakak di Taman Pusaka Air Molek Melaka. Oleh kerana hari sudah larut malam makan jenazah akan diurus dan dikebumikan keesokkannya sebelum Zohor.

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dengan bantuan saudara-mara dan jiran tetangga di kampung. Jenazah bonda dimandi dan siap  dikafankan lebih kurang jam 10.00 pagi. Jenazah disembahyangkan di Masjid Air Molek Melaka dan diacara pengkebumian selesai lebih kurang jam 11. 45 pagi. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Air Molek berhampiran kubur ayahanda dan saudara-mara yang sudah mendahului kita. Al-fatihah buat arwah bonda dan ayahanda serta semua yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga roh mereka di rahmati Allah hendaknya. Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.