Assalamualaikum. Jarang sudah kak Mai berkunjung blog Album Kenangan ni. Bukan kurang yang nak dikenangkan, tapi kesuntukkan masa..walaupun cuti sekolah. Hari ni sesibuk mana sekalipun cuba luangkan masa untuk masukkan entri ni.
Pagi-pagi lagi sekitar jam 6.30 dah keluar menuju ke Kampung Jelu, Raub, Pahang. Semalam, anak kak Mai bersama kawan-kawan sekelasnya Raj, Faiz, Jo dan Amir dah mulakan perjalanan. Hari ni pula h kak Mai dan keluarga menyusul pulak. Kampung ni letaknye tak jauh dari Pekan Raub, Pahang. Ini kampung atok kepada kawan Angah Hakim, Amir.
Perjalanan ke sana dari Bukit Mahkota, lebih kurang 3 jam. Kami sampai lebih kurang jam 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan dari Raub, sana sini durian, durian,durian....dan nangka. Sampai saja, Hakim dan kawan-kawannya dah masuk dusun. Kami ingat nak jugalah meneyelinap sekali, tapi tuan rumahnye kata tinggi dan tak boleh bawa kenderaan. Alahai rugilahkan. Tak apelah kami merayau-rayau belakang rumah Mek (nenek amir) jelah dulu, Jom kita tinjau keliling rumah Mek....
Kemudian kami dihiadangkan dengan jeng..jeng..jeng...durian yang sedap nie.....Ibarat orang mengantuk disoraongkan bantal..pengemar durianlah katakan...sedap sangat..Sorilah ye kalau terliur....
Sedang kami dijamu dengan buah-buahan segar dari belakang rumah Mek, hero-hero Malaya pun balik dengan hasil duriannye....Menurut mereka yang mereka bawa ni sikit sahaja...selebihnye lebih kurang 600 kg yang dikumpulkan hari ni sudah ditolak pada peraih. Murah sangat peraih ni ambil..sekitar RM0.50 sekilo. Durian dari Raub ni, memang sedap.
Menurut mereka dari semalam tak berhenti makan durian he he he.... Tapi tengoklah mereka ni tak muak-muak pun.
Selepas makan tengah hari, kami dibawa pula menikmati alam ciptaan Illahi di air terjun Lata Jarum. Letaknya berhampiran dengan rumah Mek. Jom jamu mata dengan gambar-gambar sekitar lata jarum nie.
Lebih kurang jam 4.30 petang kami beransur pulang semula rumah Mek. Seronok anak-anak. Yang kelakarnye anak-anak pinjam baju cucu-cucu Mek untuk buat basahan ketika mandi sebab tak bawa baju langsung. Beg baju tertinggal.
Lepas solat Asar, kami dibawa pula masuk ke dusun. Menurut Pak Nawi.atok Amir, kawasan sekeliling ni semuanya orang Kelantan dan telah meneroka kawasan tersebut lebih 40 tahun. Pak Nawi saja meneroka lebih 25 ekar tanah, anaknya (ibu Amir), 20 ekar dan moyang Amir 30 ekar. Bayangkan betapa luasnya dusun buah-buah mereka ni.
Menurut ibu Amir, beliau pun sudah lama tidak ke dusun ni. Jadi beliau pun ambil peluang ni untuk bersama-sama kami ke dusun tersebut. Berlambak buah-buahan yang gugur. Pada pandangan saya, tak terkutip ke semuanya dalam sehari. Pengalaman anak (Hakim) dan kawan-kawannya selama beberapa hari tinggal di sini memberi peluang kepada mereka membantu Pak Nawi dan dua orang anak kembarnya mengutip durian-durian yang gugur. Selain dari durian,rambutan dan dokong, koko merupakan tanaman utama mereka.
Ini Hadif (anak ke 5) Bar je lepas mandi air terjun. Kaki nye tu nak menyelinap lagi masuk ke dalam anak air tu. Tak puas-puas dia main air. Kalau tak ditegur rasanya dah selamat dia berendam di situ. Lebih-lebih lagi anak air di dalam dusun jernih sangat airnye.Ada anak-anak ikan lagi. Syoknyerrr. Menurut ibu Amir, Kawasan dusun ni dulu merupakan tapak rumah asal ketika mereka masih kecil. Air dari anak air nilah menjadi sumber air minuman mereka.
Ini Hazim (anak kak Mai no. 4) Geram sangat dengan buah koko yang baginya buat kali pertama melihatnya. Bahasanya memang tak boleh nak lawan. Antara kata-katanya yang mencuit hati bila dia tahu ini buah koko, "Eh ehhhhhhh koko Tok Abah....boleh tak kita ambil satu nak buat kenangan?". Bukan kata satu,berbiji-biji telah diambilkan untuk Hazim. " Ayah boleh tak kita tanam koko Tok Abah nie kat rumah kita?"...lagi satu soalan cepu emas yang diutarakannye. Biasalah ayahnya pasti jawab, boleh.
Pekebun sementara import dari Batang Benar dan Bukit Mahkota. He he he...Belek punya belek, sebiji koko terjatuh atas kepala. Yang bawa guni tu Raj dan yang sedang memetik buah tu Faiz.
Inilah hasil durian dari kebun Pak Nawi. Ini untuk kami bawa pulang. Bagus betul tuan tanah ni. Kenapa tak bawa banyak tupperware ? Malu pulak kak Mai. Kalau dekat-dekat kak Mai dah borong durian Pak Nawi ni. Semuanya jenis yang kaw-kaw punya.
Ini Raj. Dah kena sedut darah oleh Dr. Pa Chat. H e he he..Pagi tadi dah kena, ni kena lagi. Kak Mai pun kena juga tapi tak sempat nak sedut kak Mai dah perasan. Jeritan kak Mai pun dah buat pacat tu terperanjat he he he. Hiiiii takutnyer....
Makan sepuas-puasnye. Tapau lagi.Itu pun dia kata kenapa bawa tapau sikit. Rasanya dah banyak dah tu...Dah tak termakan dah rasanya. Tapi bila buka...masing-masing kata haaa ni lagi cantik...ha ni lagi kuning....ha ni lagi sedap...makan jugalah lagi. Sampai dah tak larat nak makan dah.
Lepas makan malam, lebih kurang jam 8.30 malam kami bertolak pulang. Angah Hakim masih tinggal lagi hingga hari Isnin. Kami sampai rumah jam 11.30 malam. Letih tapi seronok.
Inilah durian yang kami tapau. Pagi-pagi lagi dah asingkan isinya untuk dibekukan. Kalau tak mesti jadi macam di bawah ni...Cik Tempoyak......
Tempoyak ni pemberian Mek juga. Kak Mai asingkan ke botol kecil-kecil nak agih-agihkan ke kampung pulak. Sendiri makan mana nak habiskan. Di bawah ni pulak, antara buah-buahan yang kami bawa balik pemberian keluarga Pak Nawi dan Mek.
Berpantunlah pulak kita nie ye.....
Buah nanas
dibawa belayar,
Dimakan
sebiji di Tanjung Jati;
Hutang emas
boleh dibayar,
Hutang budi
dibawa mati.
( Pantun
Melayu Sastera Rakyat, halaman 13)
Yang kurik hanya
kundi,
Yang merah hanya
saga;
Yang baik
itu budi,
Yang indah hanya
bahasa.
(Mastika,
halaman 8-9)
Tegak rumah
kerana sendi,
Runtuh sendi
rumah binasa;
Tegak bangsa
kerana budi,
Runtuh budi
hilanglah bangsa.
( Kumpulan
Pantun Melayu, 1983)
Seronok rasanya. Baik budi bahasa mereka melayan kerenah kami. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga Pak Nawi dan Mek yang baru kami kenal tapi layanan terasa macam dah kenal lama.. Budi yang baik tetap dikenang sampai bila-bila. Harapan kami semoga dapat bertemu lagi satu hari nanti. InShaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan