Jumaat 6 Januari 2012, bersamaan 12 Safar 1433 Hijrah, jam 4.30 pm kami sekeluarga bertolak ke Melaka mengikut abg yang ada urusan di Pagoh, bagi sama-sama meraikan majlis pelancaran Projek Baiti Jannati TNB.
Kami ambil kesempatan menginap di Hotel Seri Malaysia, Air Keroh dan meronda-ronda Melaka den bertemu saudara di Melaka pada sebelah malamnya.
Sabtu 7 Januari 2012, bersamaan 13 Safar 1433 Hijrah, selepas sarapan pagi kami meneruskan perjalanan ke Pagoh. Acara akan bermula jam 9.00 pagi. Alhamdulillah kami sampi tepat masanya. Majlis dirasmikan oleh YB Tan Sri Muhiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia.
Jom kongsi tengok aktiviti-yang berlangsung di Kg. Renchong Lenga, Muar Johor.
Selepas semua nya berakhir kami anak sekeluarga meneruskan perjalanan ke Skudai pula, meninjau bujang di UTM. SInnggah R & R Machap. Kanak-kanak melepaskan lelah he he he…..
Kanak-kanak terlebih umur nie pun sama berjongkang-jongket …..
Lebih kurang jam 2.45 petang kami sampai di Giant Skudai. Ambil along dan terus bawa pulang ke UTM . Ab rehatkan diri di bilik along. Aku dan budak-budak kecik ronda-ronda kawasan sekitar UTM.
Lepas Asar kami ambil kesempatan pusing-pusing JB. Kami singgah ke Danga Bay untuk makan malam.
Kami makan di restoran Bawang Merah. Menunya ok. Harga makanannya ikut pakej yang ditawarkan. Kami makan menu famili Ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, telur dadar, tomyam campur dan kami tambah kerang bakar serta sup daging untuk Dira. Harga makanannya memang ok. Kami oder jus oren satu jug. Ini memang terkejut sebab masa bayar baru tau harga 1 jug jus oren tu RM 40.00. Terkejut……..
Erggggggg….kenyang…….haripun dah senja dah sekejap lagi maghrib. Sempat juga layan bebudak ni naik
Kerana anak ikutkan juga…bosannye naik benda nie tak mencabar lansung.
Dira tu tak puas hati nak naik yang lain. Masalahnya dah hampir maghrib. Kami perlu hantar Along balik UTM dan kami akan teruskan perjalanan pulang. Aku tumpang solat maghrib di surau bangunan blog G05 student perempuan. Kemudian kami teruskan perjalanan pulang. Sampai semula rumah lebih kurang jam 11.45 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan