Asalamualaikum semua. Minggu nie anak-anak semua ada. Kami ambil kesempatan balik kampung sebab dah janji dengan mak nak balik. Seperti biasa kami akan singgah minum pagi di sebuah gerai berhampiran kampung abang. Tak sangkalah pula ketika kami sedang menunggu pesanan, ayah mertua dan abang ipar singgah memesan roti canai untuk dibuat bekalan ketika menangkap ikan di sungai. Ayah pesan suruh tangkap ayam dan minta acik tolong sembelihkan. Anak-anakku ni memang seronok part nie…tangkap ayam.
Sampai je rumah mak……oooo acik (tukang sembelih) dah sampai. Biasanya ayah yang sembelih ayam2 tu..oleh kerana ayah pi menjaring ikan, aciklah yang akan jadi tukang sembelih…..Jom kita jejaki ayam kampung tu dulu.
Kena ada skill nie baru dapat tangkap, tak perlu susah-susah. Tak sampai 15 minit 4 ekor ayam berjaya ditangkap. Tapi seekor dilepaskan untuk dibuat baka.
Kena ada skill nie baru dapat tangkap, tak perlu susah-susah. Tak sampai 15 minit 4 ekor ayam berjaya ditangkap. Tapi seekor dilepaskan untuk dibuat baka.
Hari nie minta tolong acik ajar anak-anak jantanku sembelih ayam. Lain kali senang tak perlu cari pak acik atau tunggu ayah baru nak sembelih ayam. Along kata dia dah belajar sembelih ayam di sekolah. So hari nie eloklah dipraktikkan.
Menurut acik, ayam ada dua kaki maka perlu takbir 2 kali kalau haiwan 4 kaki, maka takbir 4 kali dan diikuti bacaan bismillah serta niat …. “sahaja aku sembelih haiwan ini kerana ALLAH” Kemudian sembelih guna pisau yang tajam hingga putus urat ma’ri.
Acik sedang tunjuk acara.
Hakim sedang menyembelih ayam.
Diikuti dengan along
Sekarang proses membersihkan ayam pula.
Sebentar lagi ayam-ayam nie akan digulai atau dimasak kari..OK tata nak siap-siap untuk menggulai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan