Hari ini rombongan Kak Long Emon sekeluarga dan Lana Maulana ke Bukit Mahkota. Jadi ambil kesempatan selepas solat maghrib berjemaah dengan diimamkan Imam Muda Dzarul Hafiz, kami membaca yassin beramai-ramai. Bukannya senang nak berkumpul ramai-ramai nie. Lepas baca Yassin, kami (Along Hafiz, aku dan Lana Maulana) meredah dapur pulak. Menu utama hari ni ringan2 je iaitu mee hoon goreng, nasi goreng cina, ikan bakar, ayam bakar, kari ayam kampung( masak dari kampung), dan siakap 3 rasa. Jom makan……
Sedang kami sibuk menyiapkan juadah…..apa pula yang berlaku di luar rumah…jom saksikan…Ha ha ha…..perlawanan ping pong….Juara ada hadiah nie..Yang tak poandai main ping pong tu makanlah buah2an rambutan, manggis dan dokong yang dibawa dari kampung pemberian adik ipar (Bahari)
Jamu selera time….Jom makan……Hari ni malam tahun baru Cina. Bangsa Cina sedang makan besar nie. Kami pun makan besar gak nie….tak cukup satu meja ni..semua meja penuh.
Lepas makan kita saksikan perlawanan congkak menentukan pemenang tempat pertama dan kedua nie…Memandangkan pemain-pemain keletihan, dan sakit tangan makan Lana Maulana telah mengundur diri maka Johan Congkak kali nie jatuh kepada Masry anak Wakiman….ha ha ha…..
Pemenang tempat kedua permainan congkak piala Dol Malek jatuh kepada Lana Maulana.
Johan permainan congkak piala Dol Malek jatuh kepada Masri Wakiman
Johan permainan ping pong jatuh kepada Mohd Rafian b. Wakiman ( hadiah diwakilkan kepada Nadatul Ain)
Juara di antara juara kali nie….Sehingga kita bertemu lagi dan ambil kesempatan nak ucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada semua bangsa Cina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan