TARIKH : 24 DISEMBER 2011 BERSAMAAN 29 MUHARAM 1433
TEMPAT: BILIK JATI 2 , ALLSON KLANA RESORT , SEREMBAN
MASA : 2.00 - 5.00 PETANG
Semua yang hadir ke REUNION kali pertama EX-MPPM 87/89 tahun 2011
Gambar atas : AJK yang telah bekerja keras mengatur program “TEMU KEMBALI XMPPM 87/89. Kepada semua AJK, tahniah dan syabas atas usaha murni ini.
Gambar bawah: AJK sedang membuat persiapan.
Gambar bawah: Semasa Majlis Pertemuan bersama XMPPM 87/89 berlangsung…rasanya sesi bergambar dari awal hingga akhir. Seronok bersua semula XMPPM bersama En.Mohammad Abd Ghani dan En. Azizir serta isterinya.
Hayati Hamid Si comel.Si ayu,Si gebu...semua cukup...MPPM punya!
Latipah Isa macam2 ada.....yg penting semua happy....wajah masing2 masih tak jauh beza dari dulu....cuma badan je.....almaklum....kita ni dah beberapa kali "mengembang" 9 bulan....
-
Hayati Hamid tangkap ayu sampai lena no!!
-
Zul Eja Maizah Jalil,tahi lalatmu ....menjadi trademark abadi.....
-
Maizah Jalil Tak leh sembunyikan lah Zul Eja semakin menyerlah he he he
-
Zul Eja Yang baju hijau tu Yus kan...lupa nama penuh...dia dulu suka berkarya
-
Zul Eja Mahanum Mohamed,terima kasih..ingatkan saya nama dia.Ingat lagi dia suka berkarya terutama puisi......salam buat Yus kalau anda hubungi dia
- Hayati Hamid Bila Pak MAG berkata-kata konolah donga.....
- Latipah Isa Ayahanda kita tu banyak memori yg nak dikongsi....beliaupun teruja dpt jumpa kita semua....
- Zul Eja Waktu zaman 87/89 Ayahanda MAG banyak senyum dari berbicara...............................
- Latipah Isa Ayahanda pemalu......he he....tambahan dia tak ngajar kita...
-
Zul Eja BANGGA GILER TENGOK Latipah Isa DENGAN BAJU MPPM...........
-
Latipah Isa he he...ketua kelas.......nak bagi memori lama pd kekawan....klasik tuu....
-
Siti Norwin Mohd Noor Mmg Zul Eja, k.Tip buat 'grand entrance' dgn berbaju rasmi MPPM! Baju harimau yg k.tip bwk tu malangnya Awin pun tak muat nak pakai! hihihi...
-
Salhi Omar ooo..bju rimau tu k.tip pya ya..he..he..tgk saiz pn tau..x muat dh nk mcubanya..bdn msg2 dh kembang semangkuk!!!
-
Latipah Isa he he...nampak sangat dulu2....masing2 "tak cukup makan"...sbb elaun ciput... he he....
-
Rozy Alias sedap kek ni...tqvm Zaridah Ramli
-
Cahaya Hidupku Sedapppppp......
-
Latipah Isa memang sodap....tqvm reed......
-
Mahanum Mohamed Terima kasih Zaridah Ramli..... sedappppp
-
Latipah Isa kesian kat zareed habis reu kita bergegas balik kg utk reu keluarganya pula..
-
Hayati Hamid Hebat betul mek sorang tu....terima kasih Zaridah...kek tu sodap banget deh!!
-
Harlina Aziz wah, masih elok dlm simpanan, kagum saya.
-
Latipah Isa sayang...memang simpan elok...sama dgn kain tenun....sayang nak guna...sbb tu bangga dpt pakai harini...he he...uwan tak pakai kaintu sejak keluar maktab...hanya simpan elok2...sayang sangat....dan bangga sangat2 sbb dapat pakai semula semalam.....terharupun ada....ingat kembali peristiwa...22 thn lalu....
-
Mahanum Mohamed tahniah kak tip
Jejak kasih…….
- Noor Khalbi Wan Ali: x byk berubah...... telatah masing2 tetap mcm 22 tahun yg lalu
Siapa yang bertuah?????????
Kacau jangan tak kacau……cuba teka siapa yang kena…..
Semua bertuah he he he………
Sembang-sembang, jamu selera……
Ready 1,2,3…..click………
Sekalung budi, setitis tinta buat semua……….
-
Mohammad Abd Ghani : Salam Semua x-MPPM 87/89. Saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada semua x-MPPM yang hadir dan mereka yang memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program Temu Kembali I x- MPPM 87/89 ; khususnya kepada penggerak yang sungguh komited dan dedikasi. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah melanjutkan usia serta dipelihara kesihatan dan dimurahkan rezeki bagi membolehkan kita Temu Kembali pada tahun depan. Saya juga sangat terharu kerana Allah tidak menggerakkan hati dan melapangkan masa kepada ‘creator’ dinding x-MPPM 87/89 dan pencetus idea Temu Kembali ini untuk bersama-sama dalam program ini. Namun saya mengucapkan terima kasih yang tidak terbatas dan berdoa Allah agar kita semua bertemu dalam Program Temu-Kembali II kelak.
-
Latipah Isa : Assalammualaikum....Berakhir sudah REUNION EX MPPM 87/89..... dengan rasminya berakhir juga tugasan Jawatankuasa majlis..... maka kami serahkan kembali urusan melantik dan menentukan jawatankuasa yg baru kepada admins group.....Terharu...teruja dan gembira.....itulah perasaannya semalam....Setinggi penghargaan kepada pencetus dan penggerak group EX MPPM 87/89.....kerana atas usaha inilah lahirnya majlis pertemuan semalam......Kami juga mohon maaf atas segala kekurangan...segala keterlanjuran kata maupun perbuatan....sejak mula menguruskan majlis (Julai 2011) hinggalah selesainya majlis....kami juga mohon dihalalkan segala pemberian.....Terima kasih kepada semua yg telah membantu, menyokong dan memeriahkan majlis.....TERIMA KASIH...jumpa lagi...SAYANG SEMUA.....
-
Siti Norwin Mohd NoorAlhamdulillah...selesai sudah pertemuan kita hari ini ~ Ex MPPM 87/89. Semoga semua selamat sampai ke destinasi dan pangkuan keluarga masing-masing. Terima kasih kepada semua yang telah hadir. Mohon maaf di atas segala kekurangan dalam majlis pertemuan pertama ini. Awin terasa terkilan jugak sebab tak sempat bersembang dengan semua yang telah hadir...Harap di pertemuan lain, lebih ramai akan hadir...dan ada masa yang cukup untuk kita beramah mesra...
-
Rozy Alias : Setinggi-tinggi tahniah untuk AJK atas dedikasi untuk menjayakan majlis ini & setinggi-tinggi tahniah juga untuk semua 'cikgu-cikgu' atas komitmen untuk menghadirkan diri. Terima kasih banyak-banyak atas kesudian Cikgu Mad & Cikgu Azizir atas kehadiran .....
-
Salhi Omar T.ksh pd semua rkn2 ex mppm 87/89 yg sudi hdr ke mjls REu kita ptg td..kenangan bersama kalian x kn dilupakan buat selamanya..t.ksh juga pd AJK yg tlh bersusah pyh mjayakan pertemuan kita ini..moga akn ada pertemuan yg lbh bermakna lg selepas ini..mknn byk n sodap2..tp x do selero nk mkn..leka berborak n bgambar je td..bila le kwn2 kita dpt berjumpa lg gaknya kn?!!!!!
-
Mahanum Mohamed Tahniah buat AJK khasnya. Pertemuan yang akan kekal dalam ingatan. Terima kasih buat semua
-
Maizah Jalil : Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua terutama AJK dan cikgu-cikgu yang turut sama melibatkan diri dalam menjayakan program REUNION EX-MPPM 87/89 ini. Semoga bertemu lagi di lain masa..insyallah.
-
Asliza Adzlan Tahniah dan sekalung budi buat AJK penggerak yang cemerlang menjayakan program ini. Terima kasih buat semua rakan yang hadir kerana telah melakarkan memori indah dalam diari hidup saya. Buat rakan yang memberi sokongan walaupun tidak hadir, terima kasih jua. Kepada Cikgu Mad dan Ayahanda Azizir serta bonda, jutaan terima kasih diucapkan. Moga diberkati Allah untuk kita semua.
-
Wan Rohani Wan Alhamdulillah syukur...dpt dtg walaupun dah penghujung...tahniah n tq pd semua yg hadir, semua msh cantik cam dulu xjauh beza,terutama sekali uwan tip Latipah Isa,wow msh awet muda maintain siut..insyaAllah dpt jmpa lg sb xsempat nk bsembang g puas2 dgn semua...miss u all..
-
Zalilah Matzain Tahniah kepada semua yg telah berusaha untuk pertemuan kembali kasih bertaut. Sayang tk dpt hadir gak .Maaf untuk semua dan tahniah segalanya telah berjalan lancar
-
Maslia Abdul Mutalib Seronoknye dpt tngok kwn2 lama w-pun dlm gmbr je..xdpt hadir coz ada urusan kluarga so utk ubat rindu saya selongkar stor dan jumpa baju rasmi maktab ngan tudungnya....
-
Noor Khalbi Wan Ali Pertemuan kembali yg amat bermakna........ x cukup tidur kerana travelling x apa. Biladah dpt tengok teman2 yg sentiasa ceria x habis2 gelak hilang penat travel jauh2. Diharapkan lebih ramai exMPPM yg akan sacrifice utk join the group di pertemuan akan datang.... insyaallah. Terima kasih yg x terhingga kepada J/K yg telah bertungkus lumus merealisasikan pertemuan ini.
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah kita dipertemukan lagi.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam laci;
Kalau ada silap dan salah,
Usah disimpan di dalam hati.
Nota:
Besarlah harapan saya menjadikan koleksi gambar di dalam album kenangan EX-MPPM 87/89 ini sebagai kenang-kenangan untuk tontonan semua EX-MPPM. Makluman selain dari koleksi sendiri, gambar-gambar juga dicopy dari album Pn. Mahanum Mohamed, Pn. Zaridah Ramli, Pn.Rozy Alias En.Mohammad Abd Ghani….harap dihalalkan yer…Terima kasih.
Sekian.Sehingga bertemu kembali……..salam sayang teramat sayang daripada saya Maizah Hj Jalil EX-MPPM 87/89 untuk semua…. muahhhhh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan