Alhamdulillah syukur kehadrat ILLAHI kerana hari ni aku diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH nie.
Al-kisah yang tak dijangkakan……Bangun pagi along dapat msg dari UTP minta semak ststus penerimaan masuk ke UTP. Along layak ke UTP. Perlu jawab sebelum 19 Disember nie sebab 20 Disember kena daftar di UTP Tronoh, Perak. Masalahnya along tak berani nak jawab dulu sebab along nak tunggu UTM tajaan MARA.
Jam 8.00am hantar ateh dan acik kelas tambahan sekolah agamanya. Along dan angah teman sekali sebab nak beli nasi lemak kedai nenek (depan sekolah aku memng sedap) Dalam kereta tanya along dan angah nak ambil lesen tak? Along dan angah nak saja ..jadi bawalah mereka daftar kelas memandu di Pajam.
Alamak..minyak dah habis pulak…tuang minyak di Petronas dan terus keluarkan RM300 nak buat belanja konon. Asalnya nak tanya dulu pusat latihan memandu tu, rupanya daftar terus kena bayar. Menurut kerani tu jika ambil lesen kereta dan motor sekali RM900. Alahai duit ada RM 300 je nie. Aku tanya dia kena bayar penuh ke? Alhamdulillah nasib baik bayar RM300 dulu…he he he bakinya lagi RM 600 akan diberitahu kemudian. Nampaknya angah mengalah dulu lagipun lum cukup umur nak ambil lesen memandu. Kesian Along belum sempat breakfast lagi…. terus kena masuk kursus 5 jam.
Sedang duduk menunggu nama along dipanggil, aku terbaca kertas yang diberi pada along. Kursus 5 jam perlu memakai pakaian kemas, seluar panjang, baju berkolar , berkasut penuh dan ……..ada lah yang dilarang yang pasti along tak pakai benda-benda tu. Aku tak puas hati terus tanya kaunter pertanyaan. Memang peraturan tu perlu dipatuhi. Kelam kabut gak sebab masa tu along pakai seluar tiga suku dan selipar je..yang bestnya belum mandi. Kena balik dulu mandi, tukar baju dan seluar dan yang penting sarapan…..ada masa 30 minit sebelum mula kursus kul 9.30 pagi.
Masalahnye pukul 9.00 di Pajam lagi….Dalam kepala terfikir 10 min jalan balik, 10 minit siap dan sarapan ,10 minit pergi semula ke Pajam..cukup 30 minit…Insyallah boleh. Aku pecut kereta savy buruk aku…sambil pesan pada along masa belajar jangan pandu laju-laju macam nie, pasti gagal punya. Along kesuntukkan masa, perlu ambil juga kelas memandu sebab Januari nanti dah masuk PLKN (kalau tak masuk mana-mana U). Alhamdulillah sempat kejarkan semula ke kursus tu……Aku tak tunggu, hantar je aku balik dulu…..nak menyulam dan masak sebab sekejap lagi budak2 tu balik sekolah nak makan.
Selepas masak aku sambung menyulam tempahan daripada Ashmah dari Putrajaya. Katanya hujung minggu ni nak ambil. Sedang menjahit along call minta tengokkan post box sebab kawan-kawannya dah dapat surat dari UTM. Rasanya posmen lum lalu lagi nie tapi tak apa nak puaskan hati jenguk gaklah pos box tu….tak adelah pulak……Belum rezekilah tu…
Jam 2.30 pm along call minta ambil semula di pusat latihan memandu. Aku capai kunci kereta terus menuju ke kereta. Mata pula melilau ke pos box …. penuh dengan surat. Kirai dulu surat-surat tu nak tengok siapa yang punya. Ada satu surat bersampul besar…cepat-cepat pusing tengok nama dulu Mohammad Dzarul Hafiz bin Dol Malek dari UTM. Terus call along semula dan along minta surat tu dibuka…..Alhamdulillah along dapat.Tahniah buat along…..teruskan perjuangan dalam mengejar apa yang dicita-citakan. Ibu sentiasa mendoakan semoga along berjaya. Insyallah.
Berikut adalah butir-butir Pendaftaran:
TAWARAN KEMASUKAN KURSUS PROGRAM EKSPRES UTM SESI AKADEMIK 2011/2012.
Tarikh: 29 Disember 2011.
Masa: 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Merdeka, Kolej Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.
Sekarang along tengah belajar undang-undang jalan raya sebab nak ujian pada 21 Disember ni. Harap-harap lepaslah ye….
“Doa ibu dimakbulkan ALLAH” aku memang pegang ungkapan ini. Kepada para pembaca blog aku ni tolong juga doakanlah semoga along sukses selalu ye. Semoga ALLAH memberkati kehidupan kita semua. Insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan