Khamis 3 November 2011, Selepas Majlis Graduasi Along, kami melawat ke ladang anggur Tasik Beris di Kedah. Kami sampai lebih kurang jam 5.00 petang. Seronok betul berada di sana sebab anggur-anggurnya sedang lebat berbuah ada yang hitam dan ada juga yang masih hijau. Namun belum masanya untuk petik buah sendiri kerana belum cukup matang. Menurut pekerja tersebut seminggu lagi baru boleh dituai. Tak apalah tak ada rezeki nak petik sendiri.
Seronoknye…….jom ramai-ramai ke Ladang Anggur Tasik Beris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan