Petang Khamis 3 November, 2011…Selepas melawat Vineyard Tasik Beris kami menuju ke Pekan Baling untuk bermalam di sana. Sampai pun hampir maghrib jadi terus ke Rumah Rehat Majlis Daerah Baling yang terletak betul-betul di pekan Baling. Saja menginap di sana sebab senang nak keluar cari makan he he……Lepas makan kami berehat je…..
Pagi Jumaat 4 November 2011, pagi-pagi lagi kami dah berjalan-jalan di sekitar pekan Baling. Inilah rumah rehat yang kami menginap. Sempat berbual dengan penjaga rumah rehat nie. Pemandangan dari rumah rehat ni sungguh cantik. Di belakangnya terdapt bukit-bukau yang sungguh cantik. Menurutnya, di bukit-bukit nie ada sebuah gua komunis dan masih ada lagi pintu besi gua tersebut cuma tidak diterokai.
Suasana pagi hari sungguh nyaman dan segar rasanya. Saja keluar awal sebab nak lihat kehidupan penduduk sekitar pagi-pagi ni.
Gerai Pak Mat Nasi Hujan Panas ni… ramai pengunjung tapi kami tak berkesempatan nak rasa. Insyallah lain kali boleh cuba jika singgah di sini lagi.
Makcik berbasikal nie peramah…sempat gak berbual sebentar dengannye….rasanya satu pekan nie kenal dengannye.
Singgah minum dan makan nasi lemak di salah satu gerai betul2 berhadapan dengan Nasi Kandar Ketapang.
Menghabiskan waktu sementara menanti ke pukul 11 untuk ke Pengkalan Hulu ambil Haziq. Menurut penjaga rumah rehat nie, penghuni rumah rehat boleh masuk ke Kolam Air Panas Ulu Legong secara percuma. Bosan juga menunggu jadi kami pun terus ke sana saja nak tinjau2 apa yang ada….. Inilah hasil dapatan kami rasanya berguna juga nie….tempat yang cantik dan ada bilik2 dan chalet untuk disewa. Di buka sepanjang malam hingga lebih kurang jam 5 pagi.
Insyallah kami akan ke sini untuk menginap dan berendam di air panas nie………..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan