Ahad 13 November, 2011 tamatlah perkhidmatan pembantu rumah (bibik) kami, Juliana. Alhamdulillah selama tiga tahun, bibik sudahpun menjalankan tugasnya dengan baik sekali. Puas juga memujuknya supaya terus berkhidmat dengan keluarga kami, tapi atas urusan keluarga bibik menolak dengan baik. Kami pun tidak memaksa . Semoga bibik beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan bersama keluarga. Selamat jalan bibik…sehingga bertemu lagi.
Kami sentiasa berdoa agar kami dikurniakan seorang pembantu yang baik dan jujur terutama untuk membantu kami menjaga orang tua kami yang sudah uzur. Alhamdulillah pembantu baru kami sekarang nampaknya baik dan bertanggungjawab juga. Semoga…… “Buat baik dibalas baik”…..itulah pegangan kami. Kami memohon pada ILLAHI agar sentiasa melindungi keluarga kami….amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan