Kami dimaklumkan acara selepas zohor. Kami sampai lebih kurang jam 12 tapi acara berarak dah pun selamat. Rupanya sedara mara dah lama sampai. Mereka sedang menghadap timbunan durian selepas makan tengah hari. Kami memang peminat durian tapi kena makan nasi dulu. Lepas makan apa lagi bersila menghadap durian pulak.
Gambar kanan pasangan adik beradik….Busu Saadiah (tuan rumah) dan Acik Normah
Inipun pasangan adik beradik juga M. Sharul dan Miz Ikin (anak acik No)
Syyyyyyyyyy(anak along Zaly)…..cuba tengok emak buat ape tu? Macam dalam filem hindustan(gambar tengah) Atok pulak tengah mengorat bibik baru ye(gambar kanan)
Biasalah aktiviti keluarga bila berjumpa, macam-macam cerita…..sambil mulut tak berhenti mengunyah.. Kami doakan semoga majils kenduri ni diberkati ALLAH. Kepada Pak Atan “Happy Belated Birthday” dan kepada Nabil (cucu busu Saadiah) selamat berkhatan cuti sekolah nanti. Semoga ALLAH sentiasa melindungi seluruh keluarga kami….amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan