~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Ahad, September 19, 2010

Tiga hari di Hari Raya…….

Tak sempat ke rumah kak long raya kedua tu…sebab geng jalan-jalan raya terlajak raya sampai kul 12 malam.  Sampai rumah kak long dah tidur.  Nasib baik pidah cidin dan cik embun mata dok tunggu kat umah Masri (rumah penginapan kami setiap kali balik kampung ni) Ambil kesempatan nak ucap terima kasih sebab kami tumpang tidur kat rumah…tuan rumahnya beraya di Merlimau, rumah mak mertua. Kalau bercerita ni tak habislah pulak….nak sambung kisah geng jalan-jalan raya hari ketiga ni……….

Celik mata pagi tiga Syawal….kak long Maimon dah ajak minum pagi rumah dia….  macam-macam ada. Kemudian kami sekeluarga ke rumah Lana Maulana.

Minum lagi. Lana sempat masak mee goreng.  Lepas makan kami sekeluarga ke rumah Mak Cik Siah.  Kemudian jumpa kak Sal dan keluarganya di rumah arwah Mak Long Limah. 

IMG_9641

Bersama Rahmat (anak buah sepupu)

Sempat bergambar ngan Rahmat anak kak Ju. Kami sekejap-sekejap je kat rumah saudara-mara. Along Zali pun dah call tanya kat mana.  Sebab kami nak konvoi ke rumah saudara-mara yang lain. Kemudian kami singgah ke rumah busu Rajemah (adik arwah bapa).

IMG_9645 IMG_9648 IMG_9652

Jalan raya rumah busu Rajemah di Air Molek…..

Kemudian kami sekeluarga, Lana Maulana sekeluarga serta Kak Long Maimon sempat singgah rumah bang Samat (abang bang long) sebelum ke rumah  Mok De Salbiah dan Pok De Usop di Bukit Senggih. Mak cik dan anak-anaknya dah sampai dulu di sana. Sempat juga bergambar untuk buat kenangan bersama Mok De dan Pok De.

IMG_9654

Dari kiri Kak Long, Mok De, Kak Mai  dan Mak Cik No

IMG_9658

   Hakim, Mak cik, Bang Long, Pok De, kak Mai dan Haziq

 

Dari rumah Mok De, kami ke tangkak.  Tapi tuan rumahnya tiada.  Terus pusing ke Merlimau, rumah mak mertua Masri.  Kak Long angkut bersama dua cucunya…..Kemudian ke Bukit Lintang rumah saudara sebelah datuk.  Tahun lepas sempat jumpa arwah Pak Long…….tinggal Mak Long dengan anak-anak je yang kami jumpa.  Kemudian ke rumah Kak Esah Bang Din.  Singgah rumah kak Mana (anak Mak Ngah Leha kakak arwah bapa).  Tapi kak Manah tiada di rumah.  Apa-apa pun kami sekeluarga ucapkan takziah atas pemergian suami tercinta. Al-Fatihah….semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di  kalangan orang-orang yang beriman. Kemudian kami singgah di rumah Kak Kiah….cantik rumah barunya sampai kami tak kenal mana satu rumahnya…….Dari rumah kak Kiah kami ke Jenuang, rumah sidang Berahim….isterinya kak Latipah sepupu kak Mai……tak sempat bergambar pun…Akhir sekali ke rumah Kak Ani di Air Molek……Kalau nak dicari, ramai lagi saudara mara yang kami lum jumpa…..insyallah kalau umur panjang kita jumpa lagi kalau bukan raya ni raya tahun depanlah pula….Maka tamatlah jalan-jalan raya di kampung sendiri.  Kepada saudara mara yang kami terlepas pandang dan tak sempat ke rumah, kamimenyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf …..Selamat Hari Raya maaf Zahir dan batin daripada kami sekeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.