[bismillah+1.jpg]
Daisypath Anniversary tickers

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Jumaat, Februari 22, 2019

TIPS DALAM MULAKAN BISNES

Perkongsian dari sahabat FBFB semo sama2 Kita didik diri kita untuk maju jaya kaya Raya kerana Allah in Sha Allah.
1. Beritahu Allah, doa, yang kita akan mulakan bisnes, beritahu minta semoga bisnes itu menjadi asbab dapat bantu orang lain.

2. Dan, juga menjadi asbab untuk orang lain dapat hidup yang baik dan kenal Allah.

3. Cuba lihat apa yang kita ada dulu, di tangan, atau lihat apa kemahiran yang kita ada, yang boleh bantu orang lain.

4. Sekaligus, kita juga dapat pendapatan dari situ. Dan, lagi best, jika bisnes kita itu, boleh bantu orang dapat pendapatan juga.

5. Sebaiknya rancang dan buat tindakan. Jangan terus terjah tanpa ilmu, jika berani tanggung kos yuran kebodohan, boleh teruskan.

6. Boleh mula belajar jual barang orang, banyak juga website ecommerce yang sediakan ruang untuk kita berniaga, contoh Lazada, Ali Baba juga ada, yang tu mungkin ada sedikit kos permulaan.

7. Dropship pun boleh, sekadar saranan saya, jual la barang yang memang kita suka, dan kalau boleh kita pun nak ada barang macam tu dalam rumah.

8. Sentiasa jaga amalan. Iringi rutin seharian dengan amalan yang baik. Mungkin agak klise, tapi benar amalan baik itu dengan izin Allah, membuka pintu rezeki.

Saya pernah cerita di posting lepas, saya bagi adik saya RM20, time duit cukup-cukup, keesokan harinya, Allah bagi 1K, di akaun.

9. Mazhab bisnes berbeza, banyak ilmu boleh belajar di luar sana. Cuma sebenarnya kita boleh pilih nak jadi orang kaya yang bagaimana, seperti kita mahu.

10. Tidak perlu ikut orang, jika orang buat duit dengan buat seminar, kita pun nak buat. Sedangkan, kita jenis yang suka diam-diam.

Jadi, tidak salah untuk cari ilmu yang kita masih boleh buat duit banyak, tanpa perlu orang tahu.

Semuanya terpulang pada karakter diri masing-masing. Tidak ada yang salah bab ini. Just jadi diri sendiri.

11. Sebab tu kenal diri sendiri, apakah potensi dan kelebihan kita, dan apa juga kelemahan kita. Tulis, supaya disitu sedikit sebanyak, kita tahu macamana nak kembangkan potensi yang kita ada.

12. Jika kita bekerja, boleh buat freelance dulu. Cari bisnes yang tak banyak guna tenaga, dan masa, dan juga tak perlu keluarkan kos.

13. Ada yang tanya, soal pinjam duit, saya tak tahu macamana nak explain bab ni dalam posting, saya selalu cerita berdepan,  tapi ia kembali soal dua perkara,

1) Adakah kita benar tahu apa yang kita buat?

(Sudahkah ada perancangan dan hala tuju bisnes)

2) Adalah kita sudah fikir tentang consequences (kesan kemudian) yang akan berlaku?

Jika sudah clear bab ni, dan ada ilmu, istikharah dan terpulang semula kepada anda. Istikharah untuk dapatkan rasa lebih yakin dengan keputusan kita.

14. Mulakanlah bisnes dengan kecil-kecil dulu. Nikmati proses mula dari awal, supaya kita tahu rentak kerjanya.

15. Gunakanlah media sosial, FB semua ni dengan sebaiknya. Beri tips, panduan, perkongsian yang bantu orang lain. Sekali-sekala jual.

16. Buat orang kenal kita dulu, sebelum nak jual barang. Tarik interest orang dulu, baru jual. Bina engagement.

Allah ada sebut dalam surah As Saff, tentang niaga, dan yang menariknya, Allah bagi ganjaran besar pada yang bawa dirinya, dan orang lain turut dapat beriman pada Allah melalui perniagaannya.

Ini kerana, bisnes bukan hanya soal nombor dan fakta, tapi ia lebih dari tu.

Disitu, mungkin boleh kita muhasabah sedikit-sebanyak adakah bisnes kita ni, dapat bawa orang lain pada Allah.

Semoga bermanfaat. Silakan share.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.