[bismillah+1.jpg]
Daisypath Anniversary tickers

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Khamis, Februari 01, 2018

Video Bersaranya aku dan sahabatku 1.......

Tk Pengacara Majlis Pn. Norhaizan dan Pn. Farani.....
Yang Berusaha Pn. Sofiah bt Adnan  ( GB SKRH ) Pn. Mazura bt Ismail ( Pen. Kanan Pentadbiran ) Puan Noriani Mat Zin ( Pen. Kanan HEM ) Pn. Nor Haezlin Pawanteh ( Pen. Kanan Ko-Kurikulum ) yang dihormati  En Ridzuan Shukri Guru Cemerlang ,para guru dan kaki tangan serta staff sokongan sekolah, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada di dataran ilmu yang indah pada pagi yang ceria ini.



Video ketibaan 1

Seperti yang telah  dimaklum tanggal 1 Januari 2018 (Isnin) merupakan hari paling  bersejarah  dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada hari tersebut saya telah pun bersara dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kaki tangan perkhidmatan awam ( guru ) selepas menyandang jawatan guru selama 28 tahun sebulan.

Ketibaan 2

SKRH merupakan sekolah ke lima saya. Saya  berkhidmat di sini mulai 1.6.2007. sehingga bersara awal pilihan sendiri pada 1.1.2018. Saya berkhidmat di SKRH selama lebih kurang 10 tahun 6 bulan sebelum bersara.


Berarak masuk

Tentunya banyak kenangan bersama rakan-rakan guru serta murid-murid di SKRH.

Pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya kepada Tuan Guru Besar dan BKGK  kerana telah mengadakan majlis persaraan saya dan juga Pn Rohaya Yusuff.. Sememangnya  sangat teruja dengan majlis pada hari ini.Walaupun di dalam kesibukan masih dapat melaksanakan majlis ini dengan sempurna. Itulah kehebatan guru-guru di SKRH ini.
Berarak masuk

Di kesempatan  ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tn GB dan semua pentadbir serta semua  sahabat guru dan kaki tangan sokongan sekolah kerana telah memberikan kerjasama sepanjang perkhidmatan saya di SKRH. Saya juga ingin menyusun sepuluh jari dari hujung rambut sampai ke hujung kaki untuk memohon maaf daripada semua pihak jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan sengaja sepanjang bergaul dan bertugas di sekolah ini. 


Berarak masuk

Kepada sahabat2 guru sekalian, saya mohon maaf banyak2 jika saya terkasar bahasa menyinggung perasaan semua dlm kita sama2 menjalankan tugas kita. Semoga  semuanya diberikan kekuatan dan kesihatan dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan  dan terus cemerlang dalam apa juga bidang tugas yg dilakukan.

Berarak masuk
Kepada sahabat sepersaraan saya Pn. Rohaya…Selamat Bersara. Semoga terus diberi kesihatan dan menjalani kehidupan sebagai orang pencen dengan jiwa yang tenang dan bergembira bersama keluarga.
Persembahan silat 1

Buat GC kita En Ridzuan Shukri dan Bakal PK Petang En Suhaimi Suib selamat berpindah ke sekolah baru. Semoga kedua-duanya terus cemerlang.

Persembahan silat 2


Berjalan ke pentas pelamin utama.

Kepada semua anak murid cikgu yang sangat-sangat disayangi, cikgu memohon maaf jika  ada sebarang kesalahan dan kesilapan cikgu sepanjang cikgu mengajar kamu. Berusaha dan beri tumpuan pada pelajaran. Cikgu sentiasa mendoakan semoga semuanya peroleh kejayaan yang cemerlang. Pulang nanti sampaikan salam cikgu kepada keluarga di rumah dan mohon maaf kepada ibu bapa juga jika cikgu ada buat sebarang kesilapan dan kesalahan.




Ucapan GB 


Ucapan pengerusi BKGK

Ucapan 1


Ucapan 2



Pengacara majlis

Persembahan pra 1
Cikgu Ayu

Persembahan pra 2 
Terima kasih  cikgu






Akhir kata dari saya buat semua:

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman,
Junjungan budi kenangan Kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman

Mengait rambutan mengguna galah,
Disimpan bersama buah berangan,
Walau sezarah silap dan salah,
Harap di maaf jangan disimpan.

Pohon mempelam lebat berbuah,
Gugur sebiji di tepi tangga,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Di izin Allah berjumpa juga.


Sekian terima kasih. Assalamualaikum


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.