Asalamualaikum dan selamat sejahtera. Malam tadi aku dan suami dah hantar along dan kawan-kawannya (bermalam di rumahku) di Stesen Kereta api KL Central untuk mengambil keputusan SPMnya di MRSM Balik Pulau. Rasanya nak ikut sama je tapi dia tak bagi mungkin dia nak bersama-sama rakan-rakannya sebab lama tak jumpakan. Pagi nanti sampailah tu.
Hari ini aku mendapat panggilan telefon daripada abang katanya Along stright A dan bilaku tanya berapa A dan siapa bagi tau abang kata homeroomnye Pn. Hifzah. Aku tak sedap hati sebab setahu aku along ambil 10 subjek. Kalau 9 A maknanya 1 mesti B. Mungkin akaunnyelah tu. Aku telefon along dan tanya macam mana keputusannya. Air mata gembira aku dah mencurah-curah dah nie. Kawan-kawanku belum aku sempat kata ape-ape dah ucap tahniah dah. Sedangkan Along kata dia lum sampai sekolah lagi dan dia mengagak aku dah tau keputusannye. Mula2 aku nak sembunyikan juga tapi tak sampai hati. Aku cuma bagi tahu dia mendapat 9A sebab cikgunya yang beritahu sendiri. Masa tu aku dah dengar suara kegembiraannye. Aku dah tak sabar nak tahu dari mulutnye sendiri berapa A sebenarnya yang dia dapat….sabar…sabar…hanya ALLAH saja yang tahu betapa hati seorang ibu nie teramat gembira padahal dalam masa yang sama terlalu banyak kerja-kerja yang perlu ku bereskan di sekolah kerana minggu depan nazir akan ke sekolahku.
Aku telefon semula abang, minta dia jelaskan semula padaku apa Puan Hifzah cakap. Dia kata cikgu tu kata semua A tapi dia kata juga 9A. Aku tanya abang alongkan ambil 10 subjek. Entahlah mungkin 1 tu B kot kata abang. Yelah tak apelah tak sabar nak tunggu along bagi tahu nie.
Aku telefon along lagi….tanya dah ambil slip keputusan ke belum. Nada relex je bujang aku nie….belum katanya. Sekarang nie tengah makan dengan kawan-kawan. Relexlah bu katanya…cikgu-cikgu dah bagi tahu along semua A tapi along sendiri lum tengokpun. Eehhh pilah cepat kataku lagi. Ialah nanti along ambillah.
Di sekolahku rakan-rakan dah tahu dah anakku mendapat 9A. Mereka mengucapkan tahniah. Mereka tanya yang B tu ape. Entahlah tak tau lagi kata ku.
Hati masih berdebar2 lamanya nak tunggu along telefon. Ibu yang degil nie telefon semula. Dah ambil ke lum slip keputusan. Ibu hanya percaya jika dah ada slip ditangan.
Dah bu……….nie dia keputusannye:
Sebagai ibu aku terasa sangat bangga dengan perkabaran daripada anakku ini. Aku rasa nak menjerit masa tu. Syukur sangat pada ALLAH. Tahniah Dzarul Hafiz kerana mendapat 10A dalam SPM. We are proud of you. Terima kasih kepada guru2 yang telah mendidik beliau terutama di MRSM Balik Pulau..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan