Khamis, 29 Disember 2011 bersamaan 4 Safar 1433 Kami (aku, abg n along) serta keluarga kawan Along dari Ipoh bersiap-siap untuk ke UTM seawal 4.00 am. Lebih kurang jam 4.45 am. kami mulakan perjalanan. Kami sampai di UTM lebih kurang jam 9.00 am.
Kami dibantu oleh beberapa orang pelajar yang menjadi penunjuk arah.
Along mendaftar di Dewan Merdeka. Selepas menerima kunci kami terus menuju ke bilik 208 01 di blok G06.
Along menyenaraikan barang-barang keperluan yang masih belum dibeli.
Kami keluar semula mencari barang-barang keperluan di Jusco serta makan tengah hari.
Antara barang-barang yang dibeli ialah bantal, baldi dan beberapa peralatan untuk membersihkan bilik.
Aku dan suami membantu along mengemas mana yang boleh sementara along bersiap-siap untuk meneruskan aktiviti jam 2.00pm..
Sedapnya baring….. (kiri) Along menuju semula ke Dewan Merdeka untuk mengikuti program seterusnya.
Bersama pelajar senior (kiri) Bersama Iqa dan Wani (kanan)
Di dalam Dewan Merdeka…. (atas)
Sempat ambil gambar sebelum kami teruskan perjalan pulang bawah)
Kepada semua student diucapkan tahniah. Semoga semuanya perolehi kejayaan cemerlang…..termasuk Mohammad Dzarul Hafiz b. Dol Malek…amin….Insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan