[bismillah+1.jpg]
Daisypath Anniversary tickers

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Sabtu, September 03, 2011

Lima hari di Hari Raya

Sabtu 3 September bersamaan 5 Syawal, kami masih beraya di rumah saja.  Membuat persiapan untuk anak-anak pulang semula ke asrama masing-masing.  Along dan alang nak bawa biskut raya untuk jamuan hari raya di sekolah.  Alang nak biskut coklat malangnya belum sempat raya dah habis dah.  Kenalah buatkan juga nampaknya.  Hari ni menunggu kehadiran Acik Amat sekeluarga  dari Kedah, katanya nak singgah rumah.  Busu Saadiah sekeluarga pun hendak singgah juga dari Melaka nak pulang semula ke Sentul.   Nak masak2 lauk pasar lum ada ikan lagi. Yang ada ayam, daging dan tulang.  So menu hari ni kari ayam, sup tulang, mee hoon sup dan soto jelah yer……Dalam menyiapkan juadah tiba-tiba Along bagi tahu kawannya yang sama-sama ke US nak datang…ok silakan hari nipun kami tak ke mana-mana pun……
 IMG_2316 IMG_2314
  IMG_2318 IMG_2321
IMG_2330
 IMG_2323IMG_2324
Lebih kurang jam 12.00 busu dan keluarganya tiba.  Rupanya mereka ni tak gemar makan soto.  Mereka makanlah mee hoon + kari ayam.  Busu Saadiah puasa. Bekalkan jugalah dengan puyuh berempah dan mee hoon sup sebelum pulang.
   IMG_2328

Seri dan suaminya sedang suap menyuap kek from “Mycutecake”….entah suapan yang keberapa dah nie….sedap katanya..kalau dekat2 dah order dah.
IMG_2326
Anak-anak jiran tetangga turut hadir beraya.
IMG_2332
Sambil berbual ngan busu sempat  gak buatkan biskut coklat badam  untuk anak2 bawa pulang asrama… biasalah anak2 sambil buat sambil rasa..entah berapa kali rasa dah nie…Nabil anak Seri x minat makan biskut pun minta dibungkuskan untuk dibawa pulang…kalau nak resipi boleh jenguk-jenguk di http://myzajresepi.blogspot.com/ cari Biskut Coklat Badam..mesti tak mengecewakan.

   IMG_2333 (2) IMG_2334
Tak lama lepas busu beredar, rumah dikunjungi oleh Asyraf (kawan along) sekeluarga dari Semenyih.
 IMG_2336 IMG_2337
Tidak lama kemudian Acik Amat sekeluarga pun tiba. Selepas acik beredar, lebih kurang jam 6.45 petang, Alang Cuma (adik ayah Dol) sekeluarga pun sampai.  Kami dimaklumkan alang puasa.  Jadi eloklah tu berbuka di rumah kami.  So kami tambahkan hidangkan dengan nasi, sempat tumiskan sambal sardin, puyuh goreng berempah dan sayur kacang.
 IMG_2343 (2) IMG_2343
IMG_2344 IMG_2345 (2)
IMG_2345 IMG_2347
Lepas mereka beredar, anak-anak teringin nak makan roti John..So kami pergilah ke Taman Warisan Putrajaya..malangnya tiada.  Esok anak-anak dah nak pulang asrama nanti tak dapat makan sama-sama dah..jadi kami bawa gi makan di Presint  9..pekena nan cheese, roti canai telur dan ayam tandori….Esok nak teruskan perjalanan ke Utara……jumpa lagi….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.