Jumaat 4 Syawal bersamaan 2 September. Kami dah ada di rumah dah nie. Hari ni nak ke sekolah sekejap ambil buku RPH nak masukkan markah sebab mengikut kekawan 2 September last key in markah dalam SAPS. Abang lak ke pasar cari lauk sebab nak terima tetamu hari ni. Rasanya nak masak nasi jelah sebab asyik merendang je muaklah pulak. Sesudah subuh dah mula rebus nasi impit. Bakar 3 biji kek kemudian siap2 nak ke sekolah kejap. Baru aku nak keluar gi sekolah bibik bagi tau dua2 gas dah habis..bila call kedai kata gas lum sampai esok baru ada. Cuba rebus guna leteriklah pulak….. Call abang minta cari x bawa hplah pulak. Rata gak aku merayau gi cari gas, semua kedai tak ada. Aku terus ke sekolah jelah nanti lambatlah pulak. Ana kerani je yang ada bekerja..lain2tu masih bercuti. Lepas ambil RPH aku terus ke kedai berhampiran sekolah kot2 ada gas, malangnya x ade juga. Balik ajelah..masak guna leteriklah gamaknya nie. Alhamdulillah…dalam perjalanan balik, dari jauh dah ternampak lori bawa gas menuju ke kedai..ape lagi terus ke kedai segera minta 1 tong dimasukkan dalam kereta. Aku minta dia hantar 1 lagi kemudian……lebih kurang kul 10 jugalah baru start memasak….
Kek span dan coklat moist yang sempat dibuat pagi tersebut.
Lebih kurang jam 12.00 aku terima call dari Melaka, Zamri (sepupu) nak datang rumah. Sebenarnya kami (aku ngan kak long) dah plan lepas Jumaat nak ke Seremban rumah Bang Aim(sepupu anak arwah Mak Long Halimah)Jadi aku minta dia datang jam 4.00 petang nanti. Perutku pula rasa lapar sangat sebab tak sempat sarapan lagi..baru nak capai pinggan….ding dong…..tetamu dari Air Molek dah tiba. Dari luar dengar dah mereka berkata……sedapnye bau…Sebenarnya mereka bau burung puyuh goreng berempah tu…….Biasalah masuk je terus makanlah….aku pun makan sekali…lega….Hari ni menu rumah kami…nasi dan nasi himpit, kari ayam, sambal sardin(ikan lum start jual di pasar) goreng kacang ala-ala sambal jawa (campur hati dan pedal ayam), kuah kacang, burung puyuh goreng berempah….
Bang long suka sangat dengan sayur kacang alah 2 sambal jawa tu……sampai tak percaya aku yang masak. Ingat orang jawa je ke bleh masak cam tu he he he….
Lepas makan mereka (lelaki je) siap2 nak gi solat Jumaat. Aku pulak ambil kesempatan masukkan markah dalam SAPS…Alhamdulillah line clear…20 minit siap. Aku pun bersiap2 pulak sebab nak ke Seremban. Balik je mereka dari Masjid, kami terus ke Seremban. Tengah makan mee goreng, dapat msg, “kami mak andak, ita, zam, ucu, aien dgn keluarga masing2 dah sampai Seremban”dr Zamri. Aku pun minta diri dulu. Kak Long pun tak bleh lama-lama sebab malam nanti nak ke Singapura, rumah kak Niah (kakak Iparnya). Alhamdulillah…sampai je aku d rumah..mereka pun tiba…….Cam biasalah aku jemput mereka masuk…oleh kerana first time tiba umah aku mereka meronda2lah dulu sekitar rumah aku yang macam hutan simpan nie……Zamri dan isterinya kali kedualah sampai umah aku ni…kali pertama dulu masa open house tahun pertama aku pindah sini……Macam-macam Mak Andak tanya aku pasal rumah ni….antara katanya takkan adelah aku nak duduk kampung lagi dah nie……sebenarnya jiwa aku suka lagi tinggal d kampung….tunggu dah lihat je lah yer………
Sedang mereka menjamu selera, sampailah pulak Apis(anak kak Long) dan Isterinya,,,,kami jemput sekali tapi mereka kata biarlah dulu……..nanti mereka makan kemudian…..Lepas makan sempat bergambar…..
Lepas solat Maghrib berjemaah, mereka pun beredar. Katanya nak tinjau rumah maknya di Bandar Enstek sebab tak de orang duduk. Maka tamatlah cerita raya keempat di sini dulu nanti sambung cerita raya kelima pula……tata titi tutu….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan