Rabu, 31 Ogos bersamaan 2 Syawal. Pagi2 lagi sudah bersiap-siap untuk menuju ke Melaka, Felda Bukit Senggih rumah Acik No. Sempat singgah kedai makan roti canai sebab anak2 dah kelaparan. Sampai rumah acik lebih kurang jam 10.45 pagi. Kami dijamu dengan ayam goreng, mee goreng, rendang, sambal goreng, kuih muih dan bermacam2 lagi…paling special roti canai homemade best…….
Bersama keluarga Cik Normah di Felda Tun Ghafar (Bukit Senggeh) Melaka.
Kemudian kami sekeluarga bersama keluarga acik ke rumah Pok de Usop (suami arwah Mok de Salbiah) di Bukit Senggeh,
Pok De dengan kerisnya. Katanya keris ni dah lebih 200 tahun.
Dalam perjalanan menuju ke Air Molek, kami singgah di rumah Mok Teh Cepun(adik emak) di Bemban.
Bersama Mok Teh (dua dari kanan)
Kemudian kami ke rumah kak Tipah(sepupu) suaminya sidang Ibrahim di Kg. Jenuang,
Dalam perjalanan ke rumah kak Tipah bertemulah pula dgn Jalaludin Hassan sedang menyanyi di rumah YB di Air Molek.
Kemudian kami terus ke rumah kak long Maimon di Taman Pusaka Air Molek.
Di rumah kak long tertembung dengan busu Rajemah (adik bongsu arwah apak) bersama anak (kak Nora) , menantu(bang Din) dan cucunya. Kemudian kami beramai-ramai ke rumah Pok De Aman di Alai.
Di sana bertembung pulak dengan Kak Pau dan Kak Jali (anak arwah Mak Cik Besah)
Mok De dan Pok De pun nampak kurang sihat. Semoga mereka nie segera sihat .
Seterusnya kami ke rumah Mok Teh Zizah (isteri arwah Pok Teh Akub), Ketika tu anak bongsu mok Teh je yang ada, yang lain beraya dirumah mertua masing-masing.
Mok Teh Zizah pun nampak macam tak sihat. Badannya pun nampak susut. Semoga cepat sembuh.
Kemudian kami ke rumah mak andak
Selepas tu ke rumah Pak Cik Kazim.
seterusnya ke Merlimau rumah mertua Masri dan akhir sekali ke rumah sepupu, Zamri (anak Mak andak). Kami landing di rumah Masry. Penat betul hari ni sebab sedara-mara sebelah saya ni jaraknya jauh-jauh. Ok kepada semua sedara-mara terima kasih atas layanan yang diberikan. Insyallah kalau umur panjang bertemu kembali di Syawal akan datang.
MEMANG SERONOK SESANGAT....KALAU UMUR PANJANG TAHUN2 AKAN2 DATANG DAPAT LAH LG MACAM NI... ^_^
BalasPadam