Sabtu, 23 Julai 2011, kami telah menghadiri Hari Keluarga SJJC, di Klang. Pelbagai acara telah diadakan antaranya senamseni, sukaneka, Jom makan durian dan cabutan bertuah.
Pendaftaran dan penyerahan kupon makanan.
Acara dimulakan dengan bacaan doa.
Ucapan oleh Pengurus Besar SJJC.
Senamseni
Hadira dan Hadif menyertai acara kutip gula-gula, Hazim pula membawa bolah hoki guna bad pingpong.
Hazim dan kumpulannya mendapat tempat pertama. Mereka sedang mengagih-agihkan hadiahlah tu…….
Angah dan kumpulannya pula masuk acara kepit bola.
“Cowboy” manalah yang sampaikan hadiah nie…..
Acara pasangan suami isteri…..biasa mengambil bahagian dalam acara ni “Baling dan sambut belon”. Teringat masa Hari Keluarga UPE di Melaka… dapat no “1” lagi. Tapi di sini baru nak mula belon dah pecah…….bukan rezekilah tu….
Ni pula acara keluarga satu kumpulan 3 orang yang terdiri daripada ibubapa dan anak. Tak masuk pun kami tengok je…
Kalau acara tadi bukan rezeki…tapi yang bawah ni memang rezekilah mana tak nye, peminat durian dapat makan durian ho ho ho……sedap durian kampung.
Hamper tu salah satunya kepunyaan En. Dol ye…..dah selamat makan dah…..rezeki anak-anak dapat gak cabutan bertuah.
Hadif dah letih dan kepanasan…kesian…. ceria semula bila dapat makan KFC dan dapat jam tangan serta belon….budak-budaklah katakan…
Durian…durian…durian…”Jom Makan Durian”…merupakan acara terakhir pada hari tersebut. Tak larat nak makan dah sebab dah letih…kami bawa balik makan di rumah saja. Terima kasih kepada semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan