Rancangan kami sekeluarga untuk ke Penang ambil along dan pergi bercuti awal cuti persekolahan tertunda atas sebab-sebab tertentu. Sebagai ganti kami menukar program bercuti ke majlis ulangtahun kelahiran abang, Hakim dan Haziq. Anak-anak sibuk bertanya, cuti sekolah ni nak ke mana? Cikgu dan anak murid ni nak harapkan cuti sekolah saja baru dapat berjalan-jalan dan pergi bercuti. ALHAMDULILLAH 17 Mac, abang dapat cuti dan untuk memenuhi permintaan anak-anak, kami sekeluarga ke Cameron Highland. Kami sampai sebelah petang dan ketika itu hujan turun dengan lebat. Kami tidak ke mana-mana petang tu. Sebelah malamnya macam biasalah ke pasar malam. Niat kami memang saja nak jalan-jalan bukan membeli belah pun. Di pasar malam kami cuma beli makanan dan selonggok jagung. Sayur-sayuran pun kami x beli malam tu. Abang kata nak balik nanti baru beli. Oklah.
Pada pagi 17 Mac tu abang minta buatkan nasi goreng sebelum keluar bersiar-siar. Biasalah kita guna apa yang ada. Salah satu bahan yang ada ialah jagung, ikan bilis dan sosej. ALHAMDULILLAH selesai semuanya…..bukannye sedap sangat pun..mungkin sejuk dan perut lapar. Selepas sarapan kami ke Kea Farm untuk membeli sedikit sayur-sayuran dan mencuci mata. Sukanya kak Mai lihat bunga-bunga hidup yang cantik-cantik, buah-buah strawberry yang merah dan segar serta pelbagai jenis sayur-sayuran ..
Geramnya dengan bunga-bunga ni……..
Sempat berbual dengan penjual dan pengusaha madu lebah ni…..
Sayur-sayuran segar……..
Sedang memilih buah-buahan dan strawberry emmmmmm……menyelerakan…….
Beli getah rambut strawberry untuk si putri…….
Puas nak berjalan ke parking kereta jauh sangat….bukan hujung minggu pun penuh….hujung minggu mungkin lagi penuh……..
Anggur di dalam pasu jer….Cantik…ternampak di gerai makcik India di tepi jalan sebelum sampai tempat letak kereta….he he he minta maaf makcik nak ambil gambar jer….
Atas para ni selain gantungan bunga-bunga pitunia yang cantik…..para tengah tu ialah deretan pelbagai herba. Kak Mai sempat beli origano dan pudina jer. Dah kena warning dengan abang jangan beli banyak-banyak, tengok je sebab kereta dah tak muat…….kalau diikutkan hati kak Mai nak beli semua jenis herba tu…..Kalau nak tengok (gambar jelah) nanti lawat ke http://myzajshop.blogspot.com/2011/03/pelbagai-herba-inggeris.html
Sebelum balik ke apartment, sempat bergambar di hadapan kedai ni………memang cantik bunga-bunga yang ada di sini……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan