Semalam kak Mai sekeluarga berserta atok(bapa mertua) dan awo(mak mertua) ke Penang menjenguk along di MRSM Balik Pulau. Mak Lang(adik ipar) sekeluargapun nak ikut serta ke Penang. Kami bertolak selepas subuh dan berjanji untuk bertemu di hentian sebelah Rawang untuk sarapan pagi. Jangkaan kami kurang tepat, disangka cuti pertama tahun baru cina ni taklah ramai pengguna jalan raya. Rupa2nya semua hentian penuh sesak. Jadi kami teruskan perjalanan dan berhenti dihentian Tapah arah utara untuk sarapan pagi.
Kami teruskan perjalanan dan sampai ke tempat along lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Kami minta izin daripada ustaz untuk membawa along keluar makan tengah hari. Sempat kak Mai bertanya tempat makan yang best dan berhampiran denga MRSM along. Menurut ustaz ada kedai makan berhampiran MRSM dan berdepan dengan petronas. Jadi kami pun carilah kedai makan tersebut.
Memang sedap-sedap masakannya. Banyak lauk pilihan, dengan pelbagai ulam-ulaman serta sambal belacan dan budu. Dengan pilihan ayam goreng samada ayam kampung atau pun ayam bandar ha ha ha. Seramai 15 orang makan termasuk kanak-kanak, RM 70 jer…….kenyang dan kami amat berpuas hati. Insyallah kalau ke Penang lagi, inilah kedai makan yang kami akan cari.
Selepas makan, terus kami hantar along balik asrama. Sebabnya banyak kerja yang perlu dibuat katanya. Maklumlah nak terima pelajar2 baru masuk.
Inilah bilik along dan kawan-kawan (Badan Wakli Pelajar) duduk dan study. Seronok biliknya….sejuk.
Lebih kurang jam 2.00 petang kami beredar dari sekolah along. Kami solat Zohor di surau Pasar Awam Balik Pulau, berhampiran perhentian bas. Kemudian kami membeli belah (jeruk buah) di pasar. Kedai banyak yang tutup. Kedai yang biasa kak Mai beli jeruk pun tutup. Nasiblah ada sebuah kedai yang buka. Jadi kami singgah untuk membeli jeruk di sini.
Anak dara kak Mai dan anak dara Mak Lang pun bebas di pasar ni . Kami sibuk membeli, mereka buat hal sendiri. Seronok berbual2 nampaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan