[bismillah+1.jpg]
Daisypath Anniversary tickers

~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿ Ceriakan Hidupmu ~♥✿ ~♥✿.¸¸.•´✿◕~♥✿.¸¸.•´✿◕

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog ALBUM KENANGAN ni...Blog ini sekadar mengimbau kembali kenangan bersama keluarga,saudara-mara serta sahabat handai. Juga diselitkan sedikit artikel-artikel yang berkaitan dengan Islam serta kisah kehidupan yang kebanyakkannya dikirim oleh sahabat-sahabat di Kelab Usrah dan dakwah, sedikit sebanyak memberi peringatan dan juga pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Jadi sambil-sambil menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH...sudi-sudilah meluangkan masa melayari dan membacanya yer...sekurang-kurangnya kita sama-sama memperolehi sesuatu yang lebih bermakna di dunia dan bekalan di akhirat kelak.InsyaAllah. Akhir kata ~♥✿.¸¸.•´✿◕MARI JADI ORANG BAIK • ~♥✿.¸¸.•´✿◕ ◕JAGA IMAN ◕JAGA SOLAT◕JAGA AKHLAQ ◕TUTUPLAH AURAT ~♥✿Selamat menonton dan membaca~♥✿

IM 5SC GRADUATION DAY PERFORMANCE

Rabu, Disember 08, 2010

Memancing di Nur Lembah Pangsun.

        Semalam 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharam, kak Mai sekeluarga  menghadiri kenduri khawin anak Pn. Hamidah.  Anak-anak bercadang hendak pergi memancing di kolam berhampiran Club House selepas pulang dari kenduri khawin. Suami kak Mai pula bercadang ingin melihat kolam pancing rakannya di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat.  Menurut suami kak Mai,  hari ini, kawannya (salah seorang pemilik Nur Lumbah Pangsun) mengadakan aktiviti memancing dan BBQ bersama keluarga dan beliau mempelawa suami kak Mai untuk hadir sama. Malu juga sebab kak Mai tak kenal famili tersebut.  Menurut suami mereka dah mula dari pagi. Lagilah malu kak Mai sebab dah hadir lewat.  Namun tuan punya kolam tu memang peramah, walaupun ada keluarga yang sudah pulang, beliau masih meminta kami meneruskan aktiviti memancing. Menurut beliau pancinglah ikut mana yang mahu. Pancing  dan umpan semua disediakan.  Dengan baju kurung kak Mai memancing, maklumlah baru pulang kenduri. Menurut saudaranya ikan-ikan tersebut seminggu tak diberi makan sebab nak adakan aktiviti ni. Menurutnya lagi terdapat 2000 ekor ikan yang dilepaskan pada awal pembelaan dan yang kemudian dimasukkan pula 10,000 ekor lagi.  Patutlah tak sampai setengah jam, kami dah dapat lebih kurang 30 ekor.   Kami bawa pulang separuh selebihnya kami lepaskan semula.  Memang seronok anak-anak kak Mai, sebab  semuanya dapat merasa menangkap ikan sendiri. Kami dimaklumkan, kolam ini tidak dibuka kepada  orang luar untuk memancing cuma ahli keluarga sahaja.  Rezeki kamilah tu….alhamdulillah.
Nur Lembah Pangsun 027 Nur Lembah Pangsun 002 Nur Lembah Pangsun 005 Nur Lembah Pangsun 006 Nur Lembah Pangsun 010 Nur Lembah Pangsun 012 Nur Lembah Pangsun 016 Nur Lembah Pangsun 020 Nur Lembah Pangsun 021 Nur Lembah Pangsun 022 Nur Lembah Pangsun 023 Nur Lembah Pangsun 025 Nur Lembah Pangsun 026

         Sampai di rumah, cuma empat ekor saja yang hidup.  Anak-anak masukkan sementara ke dalam akuarium.  Yang lain anak-anak nak makan.  Mulanya kak Mai goreng empat ekor saja untuk  masak sweet and sour.  Tak sempat letak kuahnya, ikan dah selamat masuk perut.  Memang sedap, anak perempuan kak Mai tak suka ikan, seumur hidupnya tak pernah makan ikan.  Semalam sampai menangis kak Mai suruh dia makan juga.  Mulanya kak Mai suruh rasa sedikit je…. bila dah rasa dia nak lagi….barulah dia tahu betapa sedapnya ikan tu.  Kak Mai goreng lagi untuk seorang seekor.  Makan ikan segar, nikmatnya tak terkata…
        Terima kasih kepada Nur Lembah Pangsun terutamanya pemilik kolam ikan (kawan suami) kerana memberi peluang kepada kami sekeluarga menyertai aktiviti memancing bersama-sama dan merasa ikan tilapia segar daripada kolam miliknya.  Kami doakan semoga semua ahli keluarganya beroleh kesejahteraan dan ditambahkan lagi rezeki.. amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makna Bacaan Dalam Solat

Kamus Bahasa Arab

English to Arabic to English Dictionary
Find word:
Exact Word / Starting Word Sub Word
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
www.SearchTruth.com

OMBAK RINDU

Jom skodeng

Majlis Graduasi Mrsm Slideshow: Maizah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to Kampung Pondok Upih (near Georgetown, Pulau Penang) was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

MAJLIS GRADUASI NUR HADIRAH IZZATI

Hari Graduasi Dira Slideshow: Maizah’s trip to Bangi, Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Bangi slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.